PERMOHONAN RAKYAT

CARA MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19 (LEMBAGA ZAKAT SELANGOR)

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19, Lembaga Zakat Selangor membuka permohonan Bantuan Khas COVID-19 untuk meringankan beban orang awam agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Peruntukan ini khususnya untuk golongan keluarga B40 seperti peniaga kecil, pekerja, dan individu yang terjejas dalam keadaan sekarang. Lembaga Zakat Selangor akan sentiasa membuat yang terbaik kepada rakyat Selangor dan melihat keperluan yang timbul dari masa ke semasa.
OBJEKTIF
  1. Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas 
  2. Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 

 KLIK PAUTAN BERWARNA BIRU UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:
  1. Beragama Islam
  2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR) dan bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
  3. Pemohon adalah dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM 4,360 sebulan.
  4. Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak Covid-19 ini.
  5. Bantuan ini adalah merujuk kepada Keluarga atau individu.
  6. Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari Portal Bantuan Khas Covid-19. Seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan.
  7. Bantuan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
  2. Bagi yang bekerja – Slip Pendapatan / Pengesahan Pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
  3. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
  4. Pengesahan Tempat Tinggal (Mastautin) di Negeri Selangor. Seperti Bil Air ,Bil Elektrik,Bil Internet, Cukai Pintu atas nama atau alamat Pemohon.
  5. Hantar dokumen tersebut ke Lembaga Zakat yang berdekatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button