PERMOHONAN RAKYAT

Cara Mudah Pindahkan Duit ASB Ke Bank Lain ~ Ketahui Lebih Lanjut !

 

Ekonomi negara beransur pulih. Rakyat juga kini dibenarkan merentas negeri dan ini memberi makna tiada had dalam interaksi bisnes serta syarikat mahupun sekecil kecil transaksi.

 

CARA MENGELUARKAN DUIT ASB ONLINE MALALUI PORTAL myASNB

 

1.     Sila Daftar sebagai pengguna sekiranya pertama kali menggunakan Portal myASNB ini.

2.     Sila Klik Daftar & isi maklumat pengguna

3.     Login seperti biasa setelah mendaftar. Sila masukkan ID & Kata Laluan

4.     Tekan pada menu PORTFOLIO

5.     Tekan butang TRANSAKSI

6.     Sila pilih JUALAN BALIK

7.     Sila baca serta fahamkan notis PENGISYTIHARAN

8.     Sila isi jumlah beberapa RM yang ingin anda keluarkan

9.     Pastikan tanda tick ( ) pada kotak Pengesahan.

10. Sila tekan pada butang TERUSKAN

11. Tekan PERMINTAAN TAC dan anda akan menerima SMS yang mengandungi no. TAC

12. Sila masukkan no. TAC tersebut

13. Pengesahan transaksi akan terpapar di skirn anda.

14. Jumlah wang dikeluarkan akan ke akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.

15. SELESAI !!

 

Sebelum anda berdaftar, bagi mana-mana pemegang unit yang masih belum mengemaskini nombor telefon perlu dilakukan terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa kad pengenalan anda.

 

HAD DAN KEKERAPAN PENGELUARAN ASB ONLINE

 

·       Had pengeluaran maksimum adalah sebanyak RM 1,000 sahaja untuk sebulan manakala jumlah minimum adalah sebanyak RM 100.

·       Kekerapan transaksi ini hanya dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja untuk sebulan.

·       Pengeluaran ini hanya dibenarkan melalui akaun sendiri sahaja.

*Sebarang transaksi yang melebihi had maksimum pengeluaran perlu dibuat dicawangan ASB.

 

WAKTU OPERASI

 

·       Unit Amanah Harga Tetap : Isnin – Ahad : 7:00 pagi – 6:00 petang

·       Unit Amanah Harga Berubah : Isnin – Ahad : 7:00 pagi – 6:00 petang

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan boleh dihubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau e-melkan kepada asnbcara@pnb.com.my.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button