BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Cara Mudah Transfer ePemula Ke Dalam Akaun Bank Sendiri

 

Cara mudah transfer ePemula ke dalam akaun bank sendiri. Bermula hari ini (11 April), golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun serta pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sepenuh masa sudah boleh mula mendaftar bagi mendapatkan kredit e-tunai RM150 di bawah program ePemula.

 

Tempoh pendaftaran dan tuntuan ePemula akan bermula pada 11 April sehingga 1 Jun 2022 manakala kredit e-tunai yang sudah dituntut pula boleh dimanfaatkan sehingga 10 Jun 2022.

 

E-tunai itu akan disalurkan oleh kerajaan menggunakan salah satu penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-Wallet.

 

Cara guna ePemula untuk pembayaran online

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@Zaiful_edi) berkongsi beberapa langkah jika ada di antara anda yang ingin menggunakan kredit e-tunai ePemula untuk tujuan pembayaran secara online.

 

Senang je. Jom ikuti langkah-langkah di bawah.

 

1. Muat naik aplikasi Maybank QRpaybiz

 

Aplikasi Maybank QRpaybiz ini boleh dimuat naik dari Google Play Store atau Apple Store.

 

First sekali download dulu Maybank QRpaybiz pic.twitter.com/zuxlw8Y4hX— Zefel (@Zaiful_edi) April 11, 2022

 

2. Daftar akaun

Daftar je macam biasa dan pautkan akaun Maybank anda yang sedia ada. Ruangan nama syarikat boleh letak nama sendiri.

 

Then bila dah download, bila kita buka dia akan keluar screen macam ni. Then just click register. pic.twitter.com/g4mBDZxm4s— Zefel (@Zaiful_edi) April 11, 2022

 

Bila dia mintak business registration number, just isi nombor IC dengan tarikh lahir. Dia punya registration tak strict dan very straightforward. pic.twitter.com/8xFEdfnmBH— Zefel (@Zaiful_edi) April 11, 2022


Registration process tu tak sampai 5 minit pun. Isi je slow2, make sure nanti catat username dgn nombor pin yang baru dibuat tadi, takut terlupa. Lepastu nanti dah habis register akan keluar la screen macam ni. Then tekan je 3 line dekat atas kiri tu.

Bila selesai mendaftar, anda akan nampak ada tiga garisan di bahagian kiri atas.

 

 pic.twitter.com/TTnBaeqChv— Zefel (@Zaiful_edi) April 11, 2022

 

3. Screenshot kod QR

 

Bil selesai mendaftar akaun, tekan pada tiga garisan di atas dan klik pada ‘Settings’ dan tekan ‘Static QR’.

 

Then tekan static qr macam dalam gambar ni pic.twitter.com/altGHoPcBy— Zefel (@Zaiful_edi) April 11, 2022

Kemudian, akan keluarlah kod QR. Jadi, screenshot siap-siap dan simpan dalam galeri telefon.

 

Nanti akan keluar QR code macam ni. Korang boleh screenshot atau save ke gallery. So basically dah hampir siap dah. Sekarang korang bukak shopee ataupun mana2 ewaller korang, click scan to pay. pic.twitter.com/k4QLUcJLCh— Zefel (@Zaiful_edi) April 11, 2022

 

4. Transfer e-tunai dari aplikasi anda claim ePemula

 

Jadi untuk langkah seterusnya, anda perlu membuka aplikasi Shopee atau mana-mana e-Wallet yang digunakan dan tekan Scan to Pay.

 

Contoh dalam gambar ni aku pakai shopee je sebab aku claim dekat shopee pic.twitter.com/JNf745QPt8— Zefel (@Zaiful_edi) April 11, 2022

 

Langkah terakhir adalah dengan muat naik gambar kod QR. Then settle! Dah boleh transfer e-tunai dalam akaun Maybank anda.

 

Then click je icon gambar macam kat atas tu, nanti select gambar qr code yang kita dah save dari app maybank tu tadi. Sepatutnya dia akan detect la akaun maybank kita tu dan dah boleh transfer shopee balance direct ke maybank. pic.twitter.com/9tnuWjufjG— Zefel (@Zaiful_edi) April 11, 2022

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button