PERMOHONAN RAKYAT

[CARA & PANDUAN] ~ Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai? Ini Cara Tukar Ke Biru

 

Eh, tiba-tiba status MySejahtera bertukar kuning. Kenapa ya? Apa nak buat ni? Tak boleh masuk kedai atau premis awam ke?

Tentu ada antara kita yang pernah mengalami masalah ini di MySejahtera.

Mungkin juga ada yang dah habis tempoh kuarantin yang ditetapkan dan tidak bergejala, tapi status tetap juga berisiko. Jadi apa nak buat?

Jangan panik…! Di sini kami kongsikan apa maksud status kuning MySejahtera dan apa yang perlu dilakukan jika anda tak pernah ke mana-mana pun sebenarnya.

 

 

APAKAH MAKSUD STATUS KUNING MYSEJAHTERA?

Status kuning MySejahtera bermaksud anda dikesan sebagai Kontak Kasual berdasarkan masa dan tempat MySejahtera Check-in.

Ia boleh terjadi disebabkan sistem mengesan kita (berkemungkinan) ada kontak dengan kes Covid-19 melalui ‘check-in’ kita di tempat-tempat tertentu.


CARA TUKAR STATUS KUNING MYSEJAHTERA KEPADA BIRU

Inilah status kuning yang tiba-tiba muncul

 

 

LANGKAH 1

Pergi Ke Helpdesk MySejahtera
Pergi ke bahagian Helpdesk dan klik START.
Ada dekat ikon warna coklat di atas tu.



LANGKAH 2

Klik pada huruf K – I have questions about my risk category / health assessment.



LANGKAH 3

Klik A- I would like to redo my assessment



 

LANGKAH 4

Seterusnya pilih A- My health assessment (maksudnya untuk diri anda)
Kalau tanggungan anda yang dilabel sebagai kontak kasual, baru tekan untuk tanggungan dan sebagainya.



LANGKAH 5

Pilih B – To redo your health assessment



LANGKAH 6

Nyatakan sebab kenapa anda nak buat semula assessment ini. Bagilah alasan yang munasabah, contohnya anda



LANGKAH 7

Akhir sekali isikan maklumat anda beserta e-mel yang didaftarkan dengan MySejahtera.
Pastikan e-mail yang betul ya sebab sebarang maklumbalas nanti akan diberikan melalui e-mail tersebut.



Ini latest malam terus dah bertukar jadi biru.
Semoga membantu anda yang ada masalah pada status masing-masing.

SELAMAT MENCUBA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button