PERMOHONAN RAKYAT

Cara & Panduan Untuk Membuat Claim Skim mySalam

 

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam

Kerajaan menyediakan mySalam untuk sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal

 

 

KELAYAKAN mySalam

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  1. Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  2. Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-

  1. Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

 

 

Sekadar perkongsian..mungkin ada yg sudah tahu , mungkin ada yg belum..

  • Ok.. saya mau share untuk ssiapa yg kena kuarantin tu  kamu boleh claim MY SALAM.walaupun kamu kena kuarantin di rumah kamu masih boleh CLAIM. Rm50 sehari. Contoh kamu kena kuarantin 10hari (50×10)= Rm500. (Minimum claim 1hari maximum claim 14 hari).

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

 

Tetapi , sebelum melakukan claim.. kamu mesti cek kelayakan dulu , kalau LAYAK baru boleh Claim .. cara cek kelayakan boleh ikut step ni👇

 

  1. Layari www.mysalam.com.my
  2. masukan kad pengenalan tanpa(-)
  3. klik semak
  4. di Bawah ada dia nyatakan tu LAYAK ATAU TIDAK LAYAK

 

 

Jikalau Kamu LAYAK .. ada 2 cara untuk tuntut


Cara pertama

TUNTUTAN MELALUI ONLINE

  1. log masuk ke portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Kalau belum daftar my salam sila daftar dahulu.klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikut step yg di arahkan.
  3. kalau suda daftar dia minta pengesahan no telefon.Jikalau no telefon sudah tidak boleh digunakan , sila kol talian bantuan. Dorg akan bantu reset pasword. Lepas reset password log masuk TETAPKAN PASSWORD BARU 
  4. KEMASKINI PROFILE.
  5. KEMASKINI PROFILE baru la kamu klik TUNTUTAN️PENYERAHAN TUNTUTAN️TUNTUTAN HOSPITALISASI️MASUKKAN TARIKH MULA KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN️PILIH NON PANEL UNTUK(NAMA HOSPITAL)️ MUAT NAIK COPY IC️MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17( contoh borang anex 14 dan 17 ada dalam gambar)
  6. HANTAR
  7. Selepas hantar.. kena tunggu la keputusan.

 

 

 

Cara kedua

  1. Boleh pergi ke mana2 kiosk MYSalam 
  2. bawa copy Ic dan borang Annex 14&17. Kalau area LABUAN, kiosk mySALAM di hospital Nukleusb(bersebelahan dengan Atm bank rakyat tu). 
  3. Serahkan saja document dikiosk sana, nt dorg bantu key in kan.
  4. untuk di tempat-tempat lain, boleh hubungi no tel mySalam seperti di bawah


TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938

Email : info@mysalam.com.my

 

 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button