PERMOHONAN RAKYAT

Cara Permohonan Pembayaran ‘One-Off’ Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan M40 & B40

Pada 27 Mac yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu pengumuman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerusi Pakej Rasangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang merujuk kepada bantuan secara one-off kepada rakyat Malaysia yang layak.
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah mengumumkan beberapa informasi berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) menerangkan bagaimana cara untuk memohon dan sebagainya.
Pembayaran ini akan dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan tersebut.


Bagi mereka yang baru mahu membuat pendaftaran pertama, PERMOHONAN BARU boleh dibuat pada 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDM pada pautan DISINI

KAEDAH PEMBAYARAN
Kaedah pembayaran BPN adalah seperti berikut ;
  1. Ada maklumat akauan – bayaran adalah secara kredit ke akaun
  2. Jika pembayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)
  3. Tidak mempunyai akaun – bayaran akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Cara bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut ;
  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank Pemohon.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank melalui nama pembayar cukai yang ditaksir.

Tarikh dan masa membuat semakan

  • Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status bermula pada 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan
  • Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  • Untuk M40, senarai pembayaran cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi Berikut:
DI BAWAH ADALAH KENYATAAN RASMI DARIPADA PIHAK MOF 






Sekiranya ada pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button