PERMOHONAN RAKYAT

CARA PERMOHONAN PPR DISEWA – PPR ULU PERASAN, KOTA BELUD


Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).  Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia.  PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa.
Ciri-ciri PPR
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat;
  1. Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres;
  2. Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi;
  3. Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air; dan
  4. Kemudahan Asas:
  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai,
  • Surau/Ruang Solat, 
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berwarna Biru di Bawah






Cara membuat permohonan

1. DAFTAR AKAUN PEMOHON
  • Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  • https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.



2. PERGI KE EMAIL UNTUK PENGESAHAN
  • Pastikan e-mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
  • Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikkan akaun yang telah didaftarkan.
  • Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru.

  • Setelah klik pautan berwarna biru, pemohon di minta untuk masukkan password. Pastikan password yang diisi harus diingat.

3. SILA PILIH SKIM
  • Untuk permohonan PPR DI ULU PERASAN, KOTA BELUD pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA.
  • Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim PPR DISEWA”.



4. MAKLUMAT PEMOHON
  • Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
  • Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.

  • Pastikan klik satu-persatu apabila selesai diisi







5. PROJEK

  • Selesai mengisi maklumat permohonan, pergi ke seterusnya iaitu PROJEK. Setelah klik, pemohon di minta untuk memilih tempat PPR Disewa. Dalam permohonan buat masa sekarang yang ada di sabah adalah Kota Kinabalu, Kota belud, Sandakan, dan Labuan.

6. DOKUMEN SOKONGAN

  • Seterusnya, pemohon klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
  • Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak lebih 3MB.

7. PENGESAHAN
  • Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar. 
  • Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu ke step seterusnya.

SELESAI UNTUK PERMOHONAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button