PERMOHONAN RAKYAT

Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR) – Golongan B40

 

Berita baik buat golongan yang berpendapatan rendah atau B40. Kerajaan telah menyedia satu program yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR) yang membolehkan golongan B40 untuk menyewa atau memiliki rumah sendiri yang berfungsi sebagai gerbang One Stop Centre bagi individu yang ingin memohon program perumahan di bawah seliaan Jabatan Perumahan Negara.


Join Telegram Kami 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia      


Oleh itu, kepada mereka yang masih belum mempunyai tempat tinggal dan ingin membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan dan semak syarat-syarat kelayakan serta maklumat-maklumat lain berkaitan Program PPR ini.

 

Program Perumahan Rakyat (PPR)?

PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).

 

Kategori PPR

PPR terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

 

Berapakah kadar sewa PPR DIsewa?

Kadar sewa PPR Disewa serendah RM124.00 sebulan tidak termasuk kos penyelenggaraan

 

Apakah ciri-ciri PPR?

 Ciri-ciri  PPR adalah seperti berikut:

 i. Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 25 tingkat di kawasan bandar

 ii. Kediaman bertanah (rumah teres) di pinggir bandar

 iii. Keluasan – 700 kps

 iv. Binaan – 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air, Ruang Tamu dan Ruang Dapur

 

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon PPR Disewa/Dimiliki

 Syarat-syarat seperti berikut:

 i.   Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia                 

 ii.  Berumur 18 tahun ke atas

 iii. Pendapatan kasar isi rumah RM3,000 sebulan

 iv. Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah

 

Cara Permohonan

 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal TEDUH. Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan:

Join Telegram Kami 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia      


  1. Sila layari laman Web SPRN (https://sprn.kpkt.gov.my/user/register)
  2. Daftarkan maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail anda.
  3. Selepas mendaftar, log in ke di portal SPRN tersebut.
  4. Pilih Skim dengan mengikut kelayakan anda.
  5. Lengkapkan maklumat pemohonan.
  6. Pilih Program (PPR)
  7. Muat naik dokumen-dokumen sokongan yang diminta.
  8. Sila buat pengesahan dan hantar permohonan anda.
  9. Semakan status permohonan boleh dibuat melalui portal (https://spkpm.lphs.gov.my/check).

 

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30-38, No.51, Persiaran Perdana

Presint 4, 62100 Putrajaya

No. Telefon     : 603-8891 4410 (Bahagian Perancangan Perumahan)

No. Faksimile  : 603 – 8891 4045

 

Sumber: kpkt

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button