PERMOHONAN RAKYAT

Cara Permohonan & Tarikh Pembayaran i-Citra RM5,000 – KWSP

 

Semasa pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Pada 28 Jun 2021 kemarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa pakej bantuan di bawah PEMULIH yang bertujuan untuk membantu serta meringankan beban rakyat.

 

Salah satu pakej yang dinyatakan termasuklah kemudahan pengeluaran i-Citra KWSP. Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada mereka yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup.

 

INFO-INFO BANTUAN LAIN👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Di sini kami akan kongsikan maklumat mengenai pengeluaran i-Citra serta cara untuk membuat permohonan.

 

JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  • Bayaran minimum adalah RM50.
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).

 

TARIKH PEMBAYARAN i-Citra

Permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka akan dibayar bermula bulan Ogos 2021

 

Baca juga artikel ini:

Semak Bayaran BPR Tambahan RM500 Anda – Sudah MulaDikreditkan

Bantuan RM800 Kepada Individu Yang Belum Bekerja

 

 

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

 

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 15 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

 

SEBARANG PERTANYAAN & KEMUSYKILAN

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Citra, anda boleh terus pergi ke saluran berikut:

 

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

 

INFO-INFO BANTUAN LAIN👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Sumber: KWSP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button