PERMOHONAN RAKYAT

CARA RESET ID ATAU PASSWORD I-AKAUN KWSP SEKIRANYA LUPA

 

APA ITU I-AKAUN

i-Akaun adalah untuk memudahkan urusan pengurusan wang EPF KWSP, ahli digalakkan untuk register i-Akaun.

 

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN OLEH I-AKAUN KWSP

 

 

  1. Kemaskini maklumat peribadi
  2. Semakan kelayakan pengeluaran
  3. Semakan baki simpanan
  4. Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  5. Semakan rekod caruman
  6. Transaksi caruman KWSP terkini

 

 

PERKARA YANG DIPERLUKAN SEBELUM CARA RESET

 

 

  1. Mempunyai i-Akaun KWSP
  2. Merupakan ahli KWSP
  3. Mempunyai nombor telefon yang aktif dan telah berdaftar dengan i-Akaun KWSP untuk urusan TAC

PENTING !

  • Pendaftaran nombor telefon boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP.

 

 

 

 

CARA RESET ID / KATA LALUAN I-AKAUN KWSP

Panduan ini terbuka kepada ahli yang memiliki masalah seperti lupa ID i-Akaun serta kata laluan sahaja. 

 

Berikut adalah cara reset :

  1. Layari laman web rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/
  2. Klik Log Masuk ke i-Akaun (Ahli)
  3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan ?
  4. Pilih salah satu bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
  5. Sila isi nombor kad pengenalan ahli atau nombor EPF (nombor ahli KWSP)
  6. Klik permohonan TAC untuk mendapatkan nombor TAC
  7. Semak telefon bimbit anda yang telah didaftarkan untuk TAC dan Klik Sah
  8. Makluman TAC dihantar ke nombor telefon anda.
  9. Isikan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik Seterusnya
  10. Cipta Kata Laluan Baharu
  11. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  12. Ahli boleh terus login.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button