BERITA

Cara Semak Baki Akaun 2 Untuk Pengeluaran KWSP – Sangat Mudah!

Macam mana cara untuk semak baki akaun 2 untuk pengeluaran KWSP online? Berikut adalah panduan untuk ahli-ahli KWSP yang ingin buat semakan baki, penyata dan status pengeluaran KWSP.

I-Akaun KWSP
KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) telah menyediakan satu portal rasmi online yang dinamakan i-Akaun untuk para ahli membuat semakan penyata dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter atau pejabat KWSP.
Melalui i-Akaun ini juga, anda kini boleh membuat e-pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Sayang.
Cara Semak Penyata i-Akaun
Daftar & Aktifkan i- Akaun
Sekiranya anda ingin membuat transaksi atau semakan, anda perlu daftar dan aktifkan i-Akaun KWSP anda melalui emel atau pergi ke kaunter/ kiosk KWSP berdekatan.
2. Di ruangan User ID masukkan ‘Kod Pengaktifan’ yang diterima.
3. Pengaktifan tersebut perlu dilakukan dalam masa 30 hari selepas diterima.
4. Masukkan ‘Kata Laluan Sementara’, kemudian klik ‘Login’.
5. Log masuk dengan ID baru anda.

Semakan Penyata KWSP
1. Selepas aktifkan ID anda, log masuk menggunakan ID Pengguna & Kata Laluan yang telah disahkan.
2. Pergi ke Akaun Peribadi dan sila pilih tahun yang anda ingin semak pada ‘Lihat Penyata Bagi Tahun’.
3. Tekan ‘Cari’ dan maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan.
4. Anda juga boleh muat turun atau cetak penyata anda.
Kemudahan i-Akaun
Melalui kemudahan i-Akaun Kwsp ini, ada banyak kemudahan lain yang disediakan seperti :
✓ Buat e-Pengeluaran
✓ Semak Penyata KWSP tahunan
✓ Semak transaksi caruman
✓ Kemaskini profil akaun
✓ Semak log aktiviti
✓ Semak status pengeluaran
Info Lanjut
Alhamdulillah, kemudahan-kemudahan yang disediakan kini lebih mudah diakses hanya menggunakan hujung jari.
Sebarang pertanyaan mengenai KWSP anda boleh hubungi talian hotline di 03-8922 6000 atau sila hadir di mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button