PERMOHONAN RAKYAT

Cara Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP (kini dibuka untuk semakan)

 

Berita baik kepada semua ahli, semakan status bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat bermula malam ini 8 April 2022 jam 10 malam. Melalui laman facebook rasmi KWSP, cara semakan beserta pautan semakan dikongsikan kepada semua ahli yang memohon.

 

KWSP juga memberikan informasi bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Sebaliknya, ahli hanya perlu melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah disediakan.

 

Bagaimanakah cara untuk melakukan semakan? Apa yang perlu dibuat sekiranya LULUS permohona dan apa yang perlu dilakukan sekiranya TIDAK LULUS permohonan? Pada artikel kali ini kami di mingguankerja akan berkongsi informasi penuh bagi memudahkan proses semakan anda.

 

Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang turut memohon pengeluaran khas ini.

 

Cara Semak Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

 

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

 

·        Layari http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my

·        Klik ‘Teruskan’

·        Klik ‘Semakan Status Permohonan’

·        Isi No MyKad/ MyPR atau; Nombor Passport/ MyKAS

·        Isi No Telefon Bimbit

·        Sahkan Captcha

·        Klik ‘Semak Status’

·        Keputusan Permohonan Dipaparkan

·        Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022

·        Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).

·        Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022

 

KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasinya. -SNS

 

Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Klik Sini

 

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

Menurut pengumuman 16 Mac lalu, KWSP ada berkongsi maklumat tentang permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.

 

Maklumat paling penting, pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April ini.

 

Jumlah Maksimum Pengeluaran Khas RM10,000

Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.

 

Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

 

Cara Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP

Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

 

Tarikh Semakan Status Lulus Permohonan Pengeluaran Khas RM10,000

Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.

 

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848 bermula 1 April ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button