PERMOHONAN RAKYAT

Cara Tebus Kredit RM150 eWallet Belia Di Shopee, Grab, TNG & BigPay

Kerajaan telah mengumumkan sebuah lagi program e-wallet untuk belia melalui program ePemula @ eStart menerusi pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini.

 

Inisiatif akan menerima peruntukan sebanyak RM300 juta melibatkan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar institut pengajian tinggi sepenuh masa.

 

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikredit masuk ke akaun e-wallet individu yang layak.

 

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz, program ini bakal memberikan manfaat kepada sejumlah 2 juta belia di seluruh negara.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eStart Belia untuk makluman kita bersama.

 

Apakah Itu Program ePemula?

 

eStart (eSkim Transaksi Tanpa Tunai) adalah program pemberian kredit e-Wallet RM150 secara one-off untuk belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar IPT sepenuh masa.

 

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikredit masuk ke akaun e-wallet individu yang layak.

 

Ini merupakan agihan kali keempat menerusi program seumpama ini, lanjutan dari agihan kredit eBelia RM150 eBelia RM150 pada tahun lalu, dan juga kredit ePenjana RM50 ePenjana RM50 pada 2020. Kredit tunai e-wallet pertama kali telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan menerusi program e-Tunai Rakyat RM30 e-Tunai Rakyat RM30 kepada seluruh individu RM30 berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

 

Syarat Kelayakan Permohonan eStart

 

Berikut adalah kelayakan untuk permohonan:

1. Warganeraga Malaysia dan belia berumur 18 hingga 20 tahun

2. Pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

 

Apakah eWallet Yang Terlibat?

 

Terdapat 4 perkhidmatan e-wallet yang akan menyertai program kali ini.

 

Penebusan ePemula bagi tahun 2022 boleh dibuat melalui BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet .

 

Bilakah Tarikh Penebusan eWallet e-Pemula?

 

Tarikh penebusan ePemula adalah pertengahan April 2022.

 

Cara Penebusan

 

1. Cara Tebus ePemula ShopeePay

Buka aplikasi Shopee.

Jika anda telah mengaktifkan ShopeePay, anda akan mendapat paparan seperti di bawah.

 

Sila tekan ‘Claim ePemula RM150’.

 

Cara Penebusan:

 

1. Aktifkan dan buat pengesahan akaun (verify) ShopeePay anda

 

2. Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi anda

 

3. RM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!

•> Penebusan bermula mulai jam 8 pagi, 11 April 2022

 

2. Cara Tebus ePemula GrabPay

ePemula juga ditawarkan melalui rangkaian eWallet GrabPay.

 

Berikut dikongsikan cara membuat penebusan melalui Grab.

1. Buka aplikasi Grab

2. Lihat pada paparan utama. Anda akan nampak ‘Claim RM360 worth of vouchers with ePemula’

3. Kemudian anda hanya perlu buat pengesahan identiti di akaun GrabPay anda.

4. Setelah selesai, bolehlah anda menggunakan ganjaran ePemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat:

•> RM150 kredit ewallet ePemula

•> RM150 voucher GrabFood

•> RM60 promo terpilih dari merchant Grab

 

Jangan lupa baca syarat-syarat terlebih dahulu.

 

Cara buat pengesahan indentiti:

•> Ambil gambar IC

•> Ambil gambar selfie

•> Isikan butiran peribadi anda.

 

Selesai!

 

3. Cara Tebus ePemula di Touch n Go (TNG eWallet)

Antara keistimewaan TNG eWallet adalah ia bukan saja boleh digunakan di hampir semua kedai-kedai fizikal.

 

Seperti juga GrabPay dan ShopeePay, anda juga akan dapat bonus serta ganjaran tambahan!

 

Berikut adalah antara kelebihan menebus kredit ePemula di Touch n Go eWallet (TNG).

 

Cara untuk menebus kredit e-Pemula adalah seperti berikut:

 

1. Pastikan anda memuat turun Touch ‘n Go eWallet

2. Sila lengkapkan Pengesahan Akaun anda

3. Kemudian aktifkan pengesahan IC dan selfie

4. Lengkapkan butiran peribadi anda pada ruang yang disediakan.

5. Dah settle? Sekarang anda bolehlah tuntut kredit RM150 berserta bonus-bonus hebat – khas untuk penebusan terawal sahaja!

 

Dapatkan lebih maklumat di https://www.touchngo.com.my/somethingnew/

 

Penerima ewallet belia yang masih belum mendaftar bolehlah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan ewallet pilihan anda bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula ini.

 

Maklumat Lanjut

 

Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh layari laman web Portal Belanjawan 2022 untuk sebarang maklumat terkini mengenai bantuan ini.

Related Articles

One Comment

  1. Alhamdulillah dpt bantuan kewangan…tapi macam x function juga sbb duit yg diclaim tapi x boleh guna untuk online payment,just offline ja yg available pon…bagi voucher bnyk tapi takda faedah sbb x boleh guna. Duit salurkan mellau platform online so sepatutnya kerajaan patut tahu yang mesti ramai org guna online payment untuk beli barang, especially masyarakat muda seperti student ii yang nak beli barang ii pelajaran seperti buku dan sebagainya tapi x boleh sbb online payment x available. Dan lagi satu dalam Malaysia ni x banyak kedai yang support ShopeePay dan TnG Pay nih,yang banyak pon macam 7E, mall dan supermarket yang ada khidmat Scan Payment nih. so memang susah nak buat pembelian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button