PERMOHONAN RAKYAT

Cara Tukar Duit Raya Di Kaunter Bank RM1 Dan RM5 Dengan Cepat

 

Bila nak dekat raya ni antara perkara paling ramai orang nak tahu adalah cara tukar duit raya di kaunter bank. Maklumlah, orang Malaysia ni kan terkenal dengan sifat pemurah yang sangat tinggi, kalau raya je mesti nak bagi duit raya dekat anak-anak, saudara mara, mahupun tetamu yang mengunjungi rumah. Bila nak bagi duit raya pula mestilah nak bagi duit baru kan, baru lah cantik letak dalam sampul duit raya tu.

 

Tapi benda yang paling malas nak buat adalah beratur untuk tukar duit baru ni dekat bank. Ye lah kadang-kadang tu tak sempat nak pergi bank sebab kaunter buka masa waktu kerja sahaja. Memang ada bank sediakan mesin ATM untuk keluarkan duit raya tapi RM10 sahaja besar sangat pula kan. Kalau nak cepat pun boleh tukar duit dengan orang-orang yang ada buat servis tukar duit, tapi ada bayaran juga lah sebab mereka dah tolong beratur kan.

 

Cara Tukar Duit Raya Di Kaunter Bank RM1 & RM5 Dengan Cepat

 

Kalau taknak bayar sikit untuk tukar duit raya guna servis orang tu, boleh cuba guna tips yang dikongsikan oleh saudara Syafiq Afifi ini. Menurutnya, beliau berjaya menukarkan duit raya di bank di bawah masa 10 minit. Berikut adalah ringkasan perkongsiannya

 

Tukar di ATM ‘Khas’ Raya Untuk RM10 Sahaja, Macam Mana RM1, RM5?

 

Beliau menyatakan bila nak raya pastinya ramai beratur di bank untuk tukar duit kertas baharu. Memang betul ada cara tukar dekat ATM ‘Khas’ raya yang ramai kongsikan baru-baru ini. Tapi itu hanyalah untuk duit RM10 yang mungkin tak sesuai untuk budak yang datang raya makan kuih pun tak nak tu. Kalau nak tukar duit kecil RM5 & RM1 Macam mana pula kan?

 

Servis Tukar Wang Nota Percuma, Tak Perlu Ada Akaun Bank

 

Sebenarnya kita kena tahu, servis tukar duit kertas nota ini bukanlah satu perkhidmatan perbankan. Ianya adalah salah satu servis percuma sahaja. Ini maksudnya kita tak perlu pun tukar duit dekat bank yang kita ada buka akaun di situ. Atau erti kata lain, boleh pergi mana-mana bank je untuk tukar duit ni, bukan semestinya bank yang kita ada akaun sahaja.

 

Tipsnya Adalah Tukar Di Bank Pelanggan Kebanyakannya Bukan Melayu

 

Jadi buat yang masih tertanya-tanya apakah tips yang dikongsikan lelaki ini, ianya adalah tukar di bank pelanggan yang kebanyakannya berbangsa selain Melayu. Oleh kerana Aidilfitri ini musim raya melayu, maka pergilah ke bank ramai pelanggan cina seperti Bank OCBC. Menurut beliau sememangnya tiada orang langsung. 5 minit sahaja dah siap. Musim raya cina pula nanti jangan lah kita beratur di Bank OCBC pula, pergi ke Bank Islam contohnya.

 

Servis Adalah Percuma, Hanya Perlu Bawa Duit

 

Difahamkan sekali lagi, servis ini sememangnya percuma. tapi pastikan lah kita bawa duit secukupnya. Jangan pula kita hulur buku akaun bank lain, dah lah tak ada akaun dekat bank situ kan. Nanti pegawai bank pun naik hairan.

 

Begitu lah tips yang dikongsikan oleh saudara Syafiq Afifi. Semoga orang ramai tak bersusah payah beratur di bank semata-mata untuk menukar duit raya. Tapi tidak lah 100% tips ni mesti berjaya ya, mungkin ada bank yang pelanggan dia ramai jadi terpaksa juga tunggu.

 

Senarai Bank Di Malaysia

 

Disertakan juga di sini senarai bank-bank yang ada di Malaysia untuk rujukan semua. Boleh cuba pergi mana-mana cawangan bank yang mungkin tak ramai orang mana tahu berjaya tukar duit raya dengan cepat juga kan.

 

1.     Maybank

2.     CIMB

3.     Hong Leong Bank

4.     Affin Bank

5.     AmBank

6.     Bank Islam

7.     Bank Simpanan Nasional

8.     Agro Bank

9.     Bank Muamalat

10. Bank Rakyat

11. HSBC Amanah

12. Public bank

13. OCBC Bank

14. MBSB Bank

15. RHB Bank

16. Standard Chartered Saadiq

17. Alliance Bank

18. SME Bank

19. Alliance Bank

20. UOB

21. Citibank

22. Al Rajhi Malaysia

23. Co-op Bank Pertama

24. Kuwait Finance House

25.   Bank Of China

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button