BERITA

Cara Tukar MyKad Rosak / Hilang Secara Online. Kejap Je Siap!

 

MyKad rosak? MyKad hilang? Jangan risau.. Sekarang ni semua boleh buat online je melalui Sistem Gantian MyKad Online.

 

Ikuti channel Telegram rasmi https://t.me/bantuankerajaan2021

 

Ini adalah perkongsian tentang cara menukar kad pengenalan yang cipnya tidak boleh dibaca oleh sistem.

 

Kepada sesiapa yang ingin menggantikan kad pengenalan sedia ada atas sebab cip rosak, kad rosak, menaiktaraf cip, dan IC hilang boleh lah memohon secara online di Sistem Gantian MyKad Online oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

 

 

 

 

 

Berikut dikongsikan langkahnya satu per satu:

 

LAYARI PORTAL MYGOVERNMENT (GANTIAN MYKAD 2.0)

 

  • Google sahaja dan taip PERMOHONAN GANTIAN MYKAD 2.0 atau boleh terus melayari sesawang mereka di link https://malaysia.gov.my/

BUAT PERMOHONAN GANTIAN IC HILANG / ROSAK

 

Senang saja, mula-mula daftar.

 

Kemudian login dan buat permohonan.

 

 

 

Isikan maklumat yang diperlukan dan buat bayaran online.

 

Kemudian print resit rasmi.

 

SEMAK STATUS

 

  1. Tunggu sehari atau lebih, kemudian follow up status permohonan dengan mengunakan khidmat mySMS.
  2. Taip – JPN MyKAD dan hantar ke 15888.
  3. Tunggu balasan untuk ketahui status permohonan sama ada ditolak, diterima atau sedia diambil.

 

AMBIL KAD PENGENALAN DI KAUNTER JPN

 

  1. Kalau sudah terima SMS ‘sedia diambil’, bawa ke JPN bersama resit dan kad pengenalan yang rosak.
  2.  Nanti resit tu bagi sama abang Rela atau sekuriti dan tunggu nama anda dipanggil untuk thumb print.
  3.  Sekejap saja urusan selesai di JPN.
  4. Cuma bila tukar kad pengenalan secara online, gambar tu masih guna yang sama sebab tiada ambil gambar baru. Itu sajalah.

 

Ini untuk cerita JPN Daerah Sandakan. Tetapi bagi JPN daerah lain, boleh cuba call dulu pegawai di sana.

 

 

Kalau di JPN Putrajaya, orang awam tidak perlu lagi buat temujanji online jika kad pengenalan sudah siap dan sedia diambil.

 

 

Yang penting status permohonan tulis sedia diambil, print dan bawa resit terus ke sana.

 

Semoga membantu.

 

(Kredit: Asiam Damahom)

 

 

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut tentang cara daftar kelahiran online JPN atau sistem perkhidmatan online yang lain, sila hubungi Jabatan Pendaftaran Negara di saluran berikut:

 

– 03-8000 8000

 

– Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

 

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

 

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu Sahaja.

 

 

 

Permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

 

 

 

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada myjanjitemu@jpn.gov.my.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button