PERMOHONAN RAKYAT

Cara Untuk Aktifkan & Tebus RM150 eBelia Melalui Aplikasi ShopeePay

 

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah memperuntukkan RM300 juta untuk dapat dimanfaatkan oleh sekitar dua (2) juta rakyat Malaysia melalui Program eBelia. Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

 

Golongan belia yang layak boleh mendapatkan kredit percuma berjumlah RM150 melalui 4 penyedia perkhidmatan eWallet termasuklah ShopeePay.

 

Disini kami akan kongsikan Langkah untuk mengaktifkan ShopeePay dan membuat penebusan RM150 melalui aplikasi Shopee.

 

Apa itu ShopeePay?

ShopeePay adalah satu platform yang digunakan untuk menyimpan wang dari bayaran balik dan tambah nilai anda yang kemudiannya boleh digunakan untuk membayar pesanan anda yang seterusnya melalui dalam talian (dari Aplikasi atau Web Shopee) atau bahkan Tawaran Luar Talian.

 

Bukan hanya itu, Shopeepay juga menawarkan kaedah pembayaran yang lancar serta pelbagai potongan dan promosi ketika anda berbelanja menggunakan platform ini.

 

 

CARA MENDAFTAR DAN AKTIFKAN SHOPEEPAY

 

Pertama sekali anda perlu memuat naik aplikasi Shopee secara percuma di mana-mana peranti seperti:

  • Google Playstore
  • iOS Store

 

Selepas memuat naik aplikasi Shopee, anda perlu ikuti Langkah berikut:

 

AKTIFKAN AKAUN SHOPEEPAY

 

Langkah 1: Klik pada ikon ShopeePay di halaman utama Shopee.

 

 

Langkah 2: Masukkan maklumat yang diminta seperti nama, nombor ID dan cipta nombor PIN (akan digunakan apabila anda ingin membuat pembayaran) anda sendiri, dan ada boleh gunakan ShopeePay.

 

 

Langkah 3: Akaun ShopeePay anda telah aktif dan boleh digunakan seperti paparan dalam gambar di bawah.

 

Anda boleh tekan pada ikon ‘ShopeePay’ dan ikon berikut akan muncul untuk tindakan selanjutnya:

  • Top Up
  • Scan
  • Pay
  • Transfer
  • Withdrawal
  • Request

Sejarah transaksi anda juga akan dipaparkan untuk rujukan anda.

 

Sekarang, bolehlah anda berbelanja dengan ShopeePay.

 


PENEBUSAN KREDIT PERCUMA RM150 EBELIA SHOPEEPAY

 

Penebusan boleh dibuat bermula 1 Jun 2021

Langkah untuk membuat penebusan juga akan dikemaskini.

Sumber: shopeemalaysia

Related Articles

3 Comments

  1. Untuk beliau jak dari umur 18-20 jak. Lebih dari 20 umur xdapat. Kalau zaman BN baik pun PH. Xada kecuali semua dapat walau zaman PH 30rm. Ini lansung xada lah untuk kita tuai2 ini ..

  2. For us in the early 40s dpt apa. Bpr fasa 2 pun tk lulus. No buat rayuan kos lh tggi dr amaun bantuan. So tk oayah pikir. At least bg la jugak bantuan e wallet to us. Bkn ja anak muda yg pakai ramai yg gunakan e wallet.. N most of nt working single n no children to support. What abt us? The loners?

  3. Syukur kita geng apa yg sudah dibagi. Aku pn x dpt molohing sudah. Lain jg tu kasi banding dgn pemerintah sebelum. Klu betul pun mau banding mesti nampak tu bezanya. Sebelum ni klu yg membagi tarang2 pancing undi. Knp? Bila membagi kn mesti mau cakap "PARTI saya memberi bantuan".. sedangkan patut ckp "KERAJAAN memberi bantuan".. nampak simple n lebih kurang tapi sbnrnya berbeza dan kesan nya sangat besar pd rakyat yg tidak sedar mengenainya.Tanpa sedar membuat rakyat tinggi sikap kepartian berbanding sikap national. Apa pn peringatan utk sy sendiri bukan parti yg membri bantuan TAPI KERAJAAN MALAYSIA yg memberi bantuan kerana begitu perihatin pada rakyatnya. SAYANG MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button