BERITA

Covid-19 : Sabah Salur RM97 Juta Bantuan Tunai

TUARAN – Sebanyak 324,573 rakyat yang terjejas akibat penularan Covid-19 di Sabah telah menerima bantuan tunai sekali bayar RM300 melalui Bantuan Prihatin Covid-19 membabitkan RM97.37 juta sehingga semalam (Isnin), kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

 

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, dalam tempoh berkenaan sebanyak 296,638 bakul makanan telah disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik itu.

 

“Pengagihan pelbagai bantuan ini membuktikan kerajaan negeri komited membantu rakyat daripada pelbagai aspek bagi memulihkan kehidupan yang terjejas berikutan penularan pandemik Covid-19,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

 

Sebelum ini, media melaporkan rakyat negeri Sabah menerima bantuan tunai sekali bayar RM300 melalui Bantuan Prihatin Covid-19 2.0 sejak 29 Januari lepas.

 

Hajiji berkata, pada tahun lepas kerajaan negeri menyalurkan peruntukan segera RM50 juta bagi membantu rakyat terjejas akibat pandemik itu dan memperuntukkan RM160 juta untuk Bantuan Prihatin Covid-19. – Bernama

 

Sumber: sinarharian

Related Articles

11 Comments

  1. 97 juta ringgit Malaysia..bnyk tuh,mcm mn kerajaan negeri Sabah agihkan?sbb klu bantuan sejak grs memerintah sy pergi ke dbbk utk meminta sumbangan makanan..minta pencerahan,tq

  2. mcm mana mo dpt ini bantuan sedang suami sy oku pun x dpt apa² bantuan sejak covid19 ni…bantuan bakul makanan pun x pndaila smpi² pilih buluh ka boosssku tuan hajiji

  3. Kerajaan buat la sistem baru utk bantuan covid 19..ni sistem lama..ramai lagi YG tidk layak ..sistem utk permohonan baru atau permohonan rayuan..kerajaan mhu bgi bantuan utk rakyat..pertimbangkan bagi YG belum dpt..saya sendiri pun Belum pernah dpt bantuan rm300 dri negeri sabah

  4. Sedangkan bantuan daei kerajaan terdahulu pun masih ramai yang layak tidak mendapat bantuan one-off rm300 ini..termasuk saya sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button