PERMOHONAN RAKYAT

Dah Buat Semakan Status Kelayakan Bantuan RM100 Sebulan?

Dalam pakej PEMERKASA, Program PRIHATIN Kasih telah dilaksanakan bagi membantu golongan miskin bandar untuk mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Individu yang layak akan menerima RM100 sebulan selama tiga (3) bulan yang akan dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.

 

Mereka boleh memilih untuk berbelanja di lebih 300 rantaian kedai dan pasar raya di seluruh Malaysia.

Baca juga:

BantuanSehingga RM1,000 – B40

Pembayaran GKP 4.0 Adalah Menerusi Akaun Bank Yang Aktif & Telah Didaftarkan


Program PRIHATIN Kasih yang bermula 1 Julai ini merupakan kesinambungan kepada program e-Kasih yang telah ditambah baik.

 

Lokasi Pembelian Boleh Dibuat

Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara termasuk:

 

  • Giant
  • Mydin
  • Econsave
  • The Store
  • Milimewa
  • Pacific
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

 

Tempoh Pelaksanaan Program

Pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih ini adalah berbeza mengikut negeri.

 

Selangor dan Kuala Lumpur :      

Julai hingga September 2021

 

Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Perlis, Melaka, dan Terengganu :    

Ogos hingga Oktober 2021

 

Negeri Sembilan, Pahang, Labuan, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak :           

September hingga November 2021; atau

Oktober hingga Disember 2021

(Dimaklumkan kemudian, ikuti perkembangan Program PRIHATIN Kasih di sumber-sumber yang sahih)

 

Semakan Kelayakan

 

Semakan kelayakan Bantuan boleh dibuat melalui laman: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Sumber: mykasih, berita rtm

Related Articles

One Comment

  1. Tolong saya.disebabkan tidak sempat utk mohon dan update bpn/bpr selama hampir setahun.sy tidak dpt semua skali bantuan yg ada krn semuanya link dgn bpn/bpr.walhal sy tidak punya apa2 harta dlm dunia kecuali apa yg Allah bagi.mohon tolong sy.sy cuma nk mcm mn yg org lain dpt.sy akui mgkin ini salah saya yg tidak peka dan mgkin trlambat utk update bpr/bpn atas masalah/sebab2 peribadi sy yg trtentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button