BERITA

“Dah Tu Aku Ni Kategori Apa?” – Netizen Geram Semak Status BKM Tidak Lulus

 

Perkongsian seorang pemilik Twitter tentang reaksi rakannya setelah menyemak status Bantuan Keluarga Malaysia dalam talian mencuri perhatian ramai pengguna media sosial di Twitter.

 

Pemilik akaun @Faashafiqah menulisan ciapan ringkas dengan disertakan sekali tangkap layar perbualan bersama rakannya itu menarik perhatian ramai. Menerusi perbualan tersebut, individu tersebut meluahkan rasa marah dan geram kerana semakan status bantuan tidak lulus.

 

“Pelajar tak dapat sebab umur dah 24. Bujang tak dapat juga. Dah tu aku ni kategori apa. Makhluk tuhan paling seksi?”

 

Netizen Adu Alami Masalah Masalah Sama

Melihat mesej perbualan yang dikongsikan pemilik Twitter berkenaan, ramai pengguna media sosial juga meluahkan alami masalah yang sama dan mempersoalkan

 

“Kategori bujang lapok”

 

“Aku ni umur 23 pun tak dapat nyah”

 

“Baru je habis latihan industri tunggu graduasi tapi umur dah 26 habuk pun tak ada” ciap mereka

 

Menerusi carian Murai my di laman Bantuan Keluarga Malaysia, syarat kelayakan bagi kategori bujang adalah individu berpendapatan bawah RM2,500 dan had umur 21 tahun sehingga 59 tahun atau berumur 19 tahun ke atas bagi Orang Kurang Upaya (OKU).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button