BERITA

Dana RM500 Juta Bantu Koperasi Agromakanan

 

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta di bawah ‘Skim Agro Food Facilities’ bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan yang diuruskan koperasi berasaskan agromakanan

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan berbentuk pinjaman di bawah Bank Negara itu secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan kenaikan harga barang.

 

“Setakat ini kita dah kenal pasti 15 koperasi yang terlibat dalam aktiviti ternakan ayam yang menghasilkan 24 juta ekor ayam begitu juga dengan koperasi lain yang terlibat dalam agromakanan boleh mula membuat permohonan sekarang,” katanya pada sidang akhbar ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini pada Selasa.

 

Turut hadir Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

 

Menurut Noh, permohonan bukan sahaja dibuka kepada koperasi yang terlibat dalam aktiviti penternakan ayam bahkan turut melibatkan bidang ternakan lain.

 

“Koperasi dalam negara yang terlibat dalam ternakan lembu, kambing termasuk membuat makanan haiwan juga boleh memohon.

 

Selain itu Noh berkata, salah satu usaha untuk menyelaras subsidi yang diberikan kerajaan menerusi Coop Mart yang dilancarkan sebelum ini juga membolehkan pengguna boleh mendapatkan barangan keperluan harian tertentu dengan harga yang murah.

 

“Coop Mart yang ada akan jual dengan harga murah melalui barangan tertentu kerana memang selama ini kerajaan ada bagi subsidi yang lepas RM3 juta, bagi membolehkan diskaun diberikan kepada pembeli,” katanya.

 

Sumber: sinarharian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button