BERITA

Dato Seri Najib ~ 10 Cadangan yang bermanfaat dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat semasa PKP

 

Amat kecewa bahawa negara kita terpaksa melaksanakan PKP yang amat ketat sekali lagi memandangkan kerajaan ada banyak peluang untuk menghalang situasi menjadi teruk sebegini tetapi kita melakukan kesilapan demi kesilapan seperti membenarkan kuarantin kendiri di rumah, memendekkan tempoh kuarantin, lambat menyekat rentas negeri, melonggarkan SOP dan menarik balik larangan sekat negeri terlalu awal pada ketika jumlah kes Covid sudah tinggi untuk menggalakan rakyat melancong.

 

Sebab itu jika mahu buat PKP ketat esok, biarlah lebih tegas untuk tempoh 2 minggu akan datang agar ianya tidak dilanjutkan lagi dan lagi seperti masa PKP pertama bulan Mac tahun lepas.

 

 

 

Jika dilaksanakan PKP bermula esok, saya cadang dan harap kerajaan akan:

  1. Laksanakan PKP (seperti PKP pertama bulan Mac 2020) sahaja bukan darurat yang lebih memberi kesan yang lebih teruk bagi ekonomi dan persepsi antarabangsa.
  2. Larangkan semua rentas negeri bagi tujuan bukan komersial.
  3. Larangkan aktiviti sosial seperti kenduri dan sukan dihentikan di semua negeri zon kuning dan merah termasuk negeri yang tidak dilaksanakan PKP bersasar.
  4. Suruh bank memberi lanjutan moratorium pinjaman secara automatik tanpa faedah dan caj penalti. Macam mana nak bayar ansuran bank bulan ini jika ramai tak dibenarkan bekerja atau berniaga dalam tempoh PKP?
  5. Berikan semula diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus untuk tempoh PKP sebab penggunaan elektrik tentu akan naik jika semua terpaksa duduk dalam rumah.
  6. Mansuhkan segala syarat i-Sinar sebab permohonan bagi kategori 2 baru bermula hari ini. Ramai yang belum sempat memohon.
  7. Jadualkan semula permulaan sesi sekolah 2021 ke selepas cuti Tahun Baru Cina.
  8. Segerakan bayaran baki BPN/BPR.
  9. Kerajaan dengan NGO perlu menyediakan bakul makanan bagi golongan yang paling terjejas.
  10. Minta syarikat perkhidmatan perhantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda untuk beri diskaun bagi caj perkhidmatan dan harga makanan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button