BERITA

Datuk Seri Najib Desak Pihak KWSP Hapuskan Semua Syarat Pengeluaran i-Sinar KWSP

 

Walaupun terdapat arahan yang mengarahkan bekas Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Razak agar berhenti memberikan tekanan kepada pihak kerajaan berhubung dengan pengeluaran i-Sinar KWSP namun Datuk Seri Najb tetap sahaja berkeras meminta agar pihak kerajaan menghapuskan segala syarat pengeluaran yang ditetapkan dengan kadar segera.

 

 

 

PENGELUARAN i-SINAR SEPERTI i-LESTARI

 

 

 

 

Menurut Datuk Seri Najib Razak, pengeluaran i-Sinar perlu dibuat seperti mana pengeluaran i-Lestari dijalankan tempoh hari.

 

“Sesiapa yang merasakan bahawa mereka ada keperluan, biarlah mereka keluarkan sedikit duit jika mereka masih mempunyai baki dalam akaun tersebut.

 

“Mereka bukan nak keluarkan semua pun. Cuma sehingga 10K (RM10,000) sahaja,” katanya yang memaklumkan ramai orang yang berasa gembira kerana permohonan pengeluaran i-Sinar diluluskan bermula semalam.

 

 

 

RAKYAT BERASA KECEWA

 

 

 

Namun begitu, terdapat ramai juga rakyat yang berasa sangat kecewa kerana permohonan yang telah mereka lakukan mendapat keputusan gagal.

 

Menurut Datuk Seri Najib Razak, rakyat lebih mengetahui akan keadaan serta situasi sebenar mereka dan rakyat lebih yakin duit yang dikeluarkan pada hari ini akan dapat dipulihkan dalam masa yang terdekat apabila keadaan ekonomi menjadi baik semula.

 

Oleh yang demikian, pihak kerajaan dan KWSP perlulah untuk mempercayai rakyat kerana caruman wang tersebut sememangnya adalah duit mereka,” katanya.

 

 

 

Sumber : SalamKerjaya

 

 

 

 

Related Articles

3 Comments

  1. Saya mohon luluskan lah permohonan i sinar ni tanpa sayrat kepada semua yang memerlukan…saya betul²amat terksan saat ini..dengan hutang yang bertangguh.harapan hanya pada pengeluaran KWSP sahaja yang saya harap..pengeluaran ni hanya sekali sahaja dalam hidup saya..bukanya tiap²tahun saya nak keluarkan..dalam keadaan pendemik ni yang amat sukar dan pahit..saya berharap sangat²tolong lah dengar keluhan saya serta rayat…saya mohon dan merayu����������������������

  2. Tlg bantu kami.. memang ad sesetangah rakyat yg nekerja tidak di potong gaji.. cuma gaji hanya la 1200 yg akan di tolak lagi kwsp.. cuma cukup makna beri la peluang kpd kmi yg di bawa golongan b40

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button