BERITA

‘Datuk Seri’ Ziarah Ustaz Kazim, Serah Bon 1 Juta Euro

 

PETALING JAYA – “Berhati-hati kepada pengusaha maahad tahfiz, sekolah-sekolah pondok dan orang yang sakit seperti saya ini dengan ‘scammer’.”

 

Demikian pesanan yang dititipkan pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menerusi hantaran di Facebook miliknya semalam.

 

Menurut Ustaz Kazim, sekitar pukul 8 malam semalam, Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya telah dikunjungi oleh individu yang berstatus ‘Datuk Seri’.

 

Katanya, kehadiran individu terbabit bertujuan untuk melawat dirinya yang sedang sakit serta ingin memberi sumbangan terhadap penghuni di Al-Barakah.

 

“Dalam sakit-sakit ini datang pula ‘Datuk Seri’ bagi sumbangan bon 1 juta euro kepada Al Barakah pukul 8 malam tadi (semalam).

 

“Menggigil tangan bila mereka serah tadi. 1 juta euro bersamaan berapa juta RM ye?,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut kesal dengan sesetengah individu yang gemar mengambil kesempatan ketika orang lain berada dalam kesusahan.

 

“Allahuakbar, takutlah kepada Allah. Kita akan mati.

 

“Kepada orang sakit, orang-orang tua, anak-anak tahfiz, sekolah pondok, sanggup ada yang ambil kesempatan,” luahnya.

 

Sumber: KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button