PERMOHONAN RAKYAT

DEKODER MYTV PERCUMA DIBUKA SEMULA DENGAN TAMBAHAN 1 JUTA – INI CARA MOHON ONLINE

 

Kerajaan akan menambah lagi satu juta dekoder MYTV untuk siaran televisyen percuma MyFreeview selepas mendapat permintaan tinggi penduduk terutama di kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, ia usaha kerajaan untuk memastikan perkhidmatan jalur lebar di semua kawasan berkualiti sekali gus siaran televisyen digital tidak terganggu.

“Sekarang ini permintaan MyFreeview cukup tinggi. Kerajaan telah memohon tambahan sebanyak satu juta lagi (dekoder) untuk kita beri perkhidmatan percuma kepada rakyat, terutama di luar bandar, untuk permintaan itu.

 

 

 

Dengan jumlah 1 juta unit yang dikeluarkan ini, semoga dapat membantu mereka dalam menerima saluran televisyen digital MyFreeview tanpa sekatan lagi.

 

Follow cara membuat permohonan dan apa syarat kelayakan yang membolehkan kita untuk memohon rekoder MYTV percuma.

SYARAT KELAYAKAN MOHON DEKODER MYTV

  • Golongan B40
  • Golongan OKU

2 golongan ini adalah mereka yang layak untuk menerima dekoder MYTV secara PERCUMA. Mereka mestilah golongan yang didaftarkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan data Golongan B40 BSH adalah yang telah disaring dan tidak boleh dipindah.

 

 

Dengan kata lain, mereka yang telah menerima Bantuan Sara Hidup di bawah Golongan B40, secara automatic anda akan dapat rekoder MYTV secara percuma. Namun, kita boleh buat semakan untuk memastikan sama ada kita layak atau tidak. Begitu juga dengan Golongan OKU siapa-siapa yang telah berdaftar dengan JKM anda hanya perlu membuat semakan di bawah.

 

BUAT SEMAKAN KELAYAKAN DI SINIREKODER MYTV SECARA PERCUMA


SOALAN LAZIM

BOLEHKAH SAYA MEMOHON?

Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari senarai B40 yang telah disaring sehingga Mac 2016 dan tidak boleh dipinda.

ADAKAH SAYA LAYAK?

Semak kelayakan anda menerusi;

a. Laman web MYTV: www.mytvbroadcasting.my/b40 atau www.myfreeview.tv

b. Pusat Khidmat Pelanggan MYTV 1300 80 6988 atau 1800 18 1088

BOLEHKAH SET DEKODER PERCUMA INI DIPINDAH MILIK?

Set Dekoder Percuma B40 tidak boleh dipindah milik, tetapi anda boleh membenarkannya untuk digunakan di alamat yang berbeza dan berada dalam liputan siaran myFreeview. Bagaimanapun anda sebagai penerima adalah bertanggungjawab terhadap Set Dekoder Percuma tersebut.

 

SAYA LAYAK NAMUN MASIH BELUM MENERIMA DEKODER SAYA. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Anda perlu mengemaskini maklumat dengan tepat bagi pihak kami membuat penghantaran ke alamat yang betul. Maklumat ini adalah tertakluk kepada peraturan PDPA. Layari www.mytvbroadcasting.my/b40 untuk semakan dan seterusnya kemaskini maklumat anda sekiranya anda tersenarai.

 

ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Program ini merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk meringankan bebanan isi rumah golongan OKU.
Penerima yang terpilih adalah di kalangan mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad OKU yang sah.

 

BOLEHKAH SAYA MEMOHON?

Penerima Set Dekoder Percuma dipilih dari senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah disaring dan tidak boleh dipinda.

 

APAKAH KATEGORI ORANG KURANG UPAYA (OKU) YANG LAYAK?

Penerima yang layak adalah di kalangan mereka yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mempunyai kad OKU yang sah.

 

BOLEHKAH WARIS MENGAMBIL ATAU MENERIMA DEKODER BAGI PIHAK SAYA?

Boleh. Penerima haruslah mengemaskini maklumat diri dan waris dengan tepat di dalam borang yang disediakan di laman sesawang www.mytvbroacasting.my/b40. Maklumat yang telah dikemaskini tidak boleh dipinda. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988 untuk bantuan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button