PERMOHONAN RAKYAT

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN PEMBIAYAAN SEBANYAK RM10,000 BAGI YANG TERKESAN

 

Pelanggan yang dihormati, BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. 

 

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar 0% untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium (bayaran semula) 6 bulan pertama untuk pembayaran ansuran bulanan.  Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my mulai 27 Disember 2021.

 

Bagi pemohon yang mempunyai atau tidak mempunyai akses ke laman web berkenaan, sila  kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan. 

 

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  3. Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/ JKKKI
  4. laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

 

Pihak BSN akan menerima status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).  Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 1300-88-1900.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button