PERMOHONAN RAKYAT

Duit Hilang Dalam Akaun Bank? Ini Cara Buat Report & Dapatkan Duit Anda Semula ~ Semak Sekarang!

 

Sudah tentulah kita panik dimana ia ialah kata sifat yang paling tepat dalam mengambarkan bagaimana perasaan kita bila kita tengok akaun dalam bank kita ditolak berdasarkan transaksi yang kita tak pernah lakukan.

 

RM100 atau RM200 boleh lagi untuk diampunkan, inipula ada segelintir pemilik akaun bank hilang sampai berpuluh ribu ringgit.

 

Perkara sebegini jarang berlaku akan tetapi jika antara kita yang terkena pasti akan susah hati.

 

Jadi, adakah tindakan yang kita boleh buat selepas berlakunya kejadiaan sebegini?

 

Lihat tips daripada Peguam Messrs. Azimah & Co.dan juga merupakan individu yang berpengalaman dalam mengembalikan semula wang miliknya yang hilang dalam akaun bank sebelum ini.

 

Semoga dapat dijadikan panduan untuk kita kalau berlaku kes-kes begini. Taklah panik dan terus biarkan scammer tu terlepas kan?

 

Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank

 

Langkah awal, sila maklumkan kepada pihak bank anda mengesyaki pihak lain melakukan transaksi tanpa kebenaran anda. Arahkan bank untuk block transaksi tersebut. Ini kerana berlaku kes transaksi tanpa sedar secara kerap berlaku sehingga kering kontang akaun bank tersebut.

 

2) Kumpul Bukti

 

1. Mesej pengeluaran/pemindahan yang diterima daripada pihak bank ke telefon anda.

 

2. Screenshot online transaction daripada website bank anda (sekiranya anda mempunyai akaun untuk online transaction).

 

3. Jika tidak, minta salinan transaksi di kaunter bank.

 

3) Buat Laporan Polis

 

Langkah ini adalah kritikal kerana ia melibatkan pencurian, pengelapan wang tanpa kebenaran si pemilik dan dianggap sebagai jenayah awam dan boleh dijatuhkan hukuman berat.

 

Maka itu, laporkan kepada pihak berkuasa dan tunjuk sebarang dokumen yang membuktikan jenayah telah berlaku pada anda.

 

4) Pergi Ke Cawangan Bank Anda Buka Akaun Simpanan

 

Bawa dokumen/ gambar transaksi yang telah berlaku serta laporan polis ke cawangan bank anda buka akaun yang dicuri tersebut.

 

Maklumkan situasi sebenar dan biarkan bank menjalankan penyiasatan dalam buat sementara waktu.

 

Simpan no telefon pegawai bank yang berurusan dengan anda.

 

5) Tunggu Sehingga Dihubungi

 

Proses rumit ini barangkali mengambil masa lama dan dengan susah hati anda perlu bersabar kerana hal sebegini perlu diteliti sehingga ke akar umbi.

 

Bukan semudahnya, bank akan mengantikan wang anda tanpa usul periksa.

 

Namun, anda berhak mendapatkan info dari masa ke semasa.

 

6) Bank Negara

 

Talian BNM Telelink

– Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888

– Luar Negara: +603-21741717

 

Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)

 

• Laman Web

• Pautan: Borang eLink BNM

• Pusat Khidmat Pelanggan

• BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)

• Bank Negara Malaysia Blok D, Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur

 

Bank Negara pernah memesan sebelum isi form ni, kita sebagai pengguna harus BERUSAHA mendapatkan penyelesaian dengan Unit Aduan institusi kewangan/pengeluar instrumen pembayaran.

 

Atau dalam erti kata lain, anda telah mengadukan kepada polis dan bank dan memilih Bank Negara adalah jalan terakhir.

 

Andai anda tidak berpuas hati dengan maklum balas/ hasil siasatan pihak bank, maka barulah anda digalakkan untuk mengisi borang ini.

 

Sila baca maklumat lanjut di website Bank Negara di link di bawah:

 

http://www.bnm.gov.my/

 

7) Hantar Letter Of Demand Kepada Bank

 

1. Lantik peguam untuk menyediakan LOD bagi mendapatkan penjelasan tentang transaksi yang berlaku tanpa pengetahuan anda.

 

2. Peguam akan request pihak bank untuk melakukan siasatan dalam tempoh yang diberikan.

 

Sekiranya penjelasan yang di berikan oleh pihak bank gagal memuaskan, atau anda mendapati wujud faktor kelalaian, atau kemungkinan data privasi anda dicerobohi, anda boleh mengambil tindakan lanjut dengan tujuan saman.

 

Kos untuk menyediakan LOD tidak seperti kos memfailkan saman. Ia jauh lebih murah dan merupakan langkah segera jika anda mahu mendesak bank meneliti apa yang berlaku pada akaun bank anda dengan kadar segera. Namun perlu diingat, langkah ini hanyalah membantu mempercepatkan proses siasatan.

 

Sumber: Messrs. Azimah & Co.

Pengalaman Sebenar Dalam Mengembalikan Wang Yang Hilang Dari Akaun Bank Maybank

Melalui Twitter, seorang pengguna meluahkan pengalaman peribadi dimana dia berjaya mendapatkan semula duit yang hilang dalam akaun bank dalam masa 18 hari.

Menurutnya, terdapat scammer yang mengunakan akaun peribadinya dalam bentuk wang USD.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button