PERMOHONAN RAKYAT

DUIT I-LESTARI BELUM DIKREDITKAN – Proses Dapatkan Duit I-lestari Dengan Lebih Cepat Dan Tepat

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) telah meluluskan pengeluaran Akaun 2 kepada 3.5 juta pencarum berjumlah RM1.66 bilion sejak pengeluaran i-Lestari dilancarkan April lalu.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri, dalam satu kenyataan hari ini berkata setiap pencarum yang telah mendapat kelulusan KWSP, amaun yang dipohon bagi pengeluaran i-Lestari dikreditkan ke akaun masing-masing secara pindahan dana elektronik bermula dari 4 hingga 18 Mei.

Menerusi i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan dari Akaun 2 masing-masing.

AHLI-AHLI BERIKUT LAYAK UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN I-LESTARI
  1. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap
  2. Berumur bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
  4. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)


BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP DIISI BOLEH DIKEMUKAKAN MELALUI TIGA (3) SALURAN BERIKUT:

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun) https://ilestari.kwsp.gov.my/
  2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)

Permohonan I-Lestari telah di luluskan dan akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada tarikh yang tetapkan. Faktor yang menyebabkan duit belum dikreditkan adalah :-

  1. Akaun Bank yang didaftarkan bukan atas nama Pemohon I-Lestari. Akaun Bank yang didaftarkan haruslah sama dengan nama Pemohon I-Lestari.
  2. Akaun Bank tidak aktif

Kepada Pemohon yang gagal dikreditkan akan dapat sms di telefon anda seperti gambar diatas. Jangan risau, Pemohon I-Lestari haruslah mengikut Proses ini untuk mendapatkan duit I-Lestari anda.
Hubungi KWSP di 03-89226000 untuk bertanya berkenaan I-lestari anda.
Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 6.00 Petang
Semasa Hubungi KWSP
  1. Pembayaran I-lestari anda akan mengunakan cek. Cek tersebut akan di pos ke alamat yang anda daftarkan. 
  2. Untuk pertukaran Akaun Nombor, boleh di ajukan kepada pihak kwsp yang anda hubungi. Pastikan akaun yang anda daftar kan adalah akaun atas nama anda.
  3. akhirnya, tunggu cek anda ke alamat yang telah ditetapkan.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button