PERMOHONAN RAKYAT

e-Start 2022 : Cara Tebus Kredit e-Wallet Berjumlah RM150

 

Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang kini telah mencecah sehingga 2.4 juta telah direkodkan dalam negara kita dan telah meragut seramai 28 ribu orang terkorban akibat pandemik ini sehingga Oktober lalu.

 

Ketika pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, pelbagai inisiatif dan insentif yang bakal memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia khususnya untuk golongan yang terkesan dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia,

 

Oleh itu, pada kali ini pihak kami ingin kongsikan mengenai salah satu bantuan yang akan diberikan pada tahun 2022 dimana, setiap penerima yang layak akan menerima bantuan e-Wallet berjumlah RM150.

 

Ikuti perkongsian dibawah.

 

PROGRAM E-START

 

Bajet 2022 kali ini tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada para belia khususnya mereka yang berumur diantara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

 

Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia yang layak.

 

KADAR BAYARAN e-START

 

Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta dan bakal memanfaatkan seramai 2 juta penerima, setiap belia yang layak akan menerima sebanyak :

 

·       RM150  (One-off)

 

Bayaran akan dikreditkan ke akaun e-dompet belia yang layak secara automatik.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Pemberian bantuan e-dompet (e-start) akan diberikan kepada belia yang berkelayakan seperti :

 

·       Warganegara Malaysia

·       Berumur 18-20 tahun

·       Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

 

TARIKH/CARA MOHON/KAEDAH PENEBUSAN

 

Tarikh bayaran dan cara mohon bagi bantuan program e-Start ini, tiada kenyataan rasmi lagi dimaklumkan mengenainya. Namun, pihak kami jangkakan ianya akan mula dilaksanakan pada pertengahan 2022 sepertimana bantuan e-Wallet 2021 tahun sebelumnya.

 

Bagi kaedah penebusan pula, pihak kami menjangkakan ianya akan dikreditkan melalui applikasi e-wallet sama seperti sebelum ini iaitu melalui :

 

·       Touch ‘n Go eWallet

·       Boost

·       Grab Pay

·       BigPay

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Program e-Start ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di : https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button