BERITA

Ebit Lew didakwa

 

EBIT menuju masuk ke Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom. FOTO Juwan Riduan

Tenom: Pendakwah terkenal, Ebit Lew hari ini dihadapkan ke mahkamah di Tenom dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

 

Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

 

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal polis sejak awal pagi tadi.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit.

 

 

Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

 

– Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button