BERITA

Elaun Petugas, Pemeriksa SPM 2021 Dibayar Mulai Esok

 

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengarahkan elaun petugas pentaksiran dan pemeriksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dibayar mulai esok.

 

Radzi menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau menerima makluman tentang elaun kumpulan itu belum diterima.

 

“Saya telah mengarahkan supaya Lembaga Peperiksaan  meneliti perkara ini dan membuat bayaran kepada guru yang terlibat dengan segera.

 

“Kita usahakan agar bayaran berkenaan dibuat mulai esok,” katanya.

 

Sumber: UTUSAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button