PERMOHONAN RAKYAT

ePemula: Tebus Kredit eWallet RM150 Shopee, Grab, TNG & BigPay

 

Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 (ePemula).

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

 

“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”

 

Berikut dikongsikan info terkini tentang Program ePemula @ eStart untuk makluman bersama.

 

Apakah Program e-Start @ e-Pemula?

ePemula @ e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

 

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

 

Apakah e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat?

Menurut kenyataan terkini Kementerian Kewangan, rangkaian eWallet yang terlibat adalah dalam program ePemula adalah:

 

·        Touch n Go eWallet

·        ShopeePay

·        Grab Pay

·        BigPay

 

Peniaga PKS dan bakal penerima ewallet belia yang masih brlum mendaftar bolehlah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan ewallet pilihan anda bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula ini.

 

Tarikh Permohonan e-Pemula 2022

Program ePemula @ e-Start ini dijangka akan bermula pada pertengahan April 2022.

 

Rujuk Soalan Lazim Program e-Start @ e-Pemula di bawah:

 

Apakah itu Program eStart @ e-Pemula?

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

 

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

 

Siapa yang layak memohon?

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.

 

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai berikut

– ShopeePay

– BigPay

– GrabPay

– Touch n Go eWallet

 

Bilakah tarikh penebusan / pelaksanaan Program e-Pemula?

Menurut kenyataan terkini Kementerian Kewangan, program ini dijangka akan bermula pada pertengahan April 2022.

 

Sila rujuk portal Manfaat 2022 untuk maklumat terkini : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html

 

Senarai Bantuan Untuk Belia Dalam Bajet 2022

Tahukah anda, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.

 

Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.

 

Sila rujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut.

 

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button