BERITA

Gaji Minimum RM1500 Akan Dilancarkan Bermula 1 Mei 2022

Kadar gaji minimum RM1500 sebulan akan dilancarkan bermula 1 Mei ini di seluruh Malaysia, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Walaubagaimanapun, gaji minimum ini hanya akan membabitkan majikan syarikat besar sahaja dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan yang sederhana (PMKS).

 

Penangguhan Gaji Minimum RM1500 Kepada Syarikat Kecil

Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu kepada syarikat, perusahaan kecil dan koperasi yang tidak mampu membayar kada gaji tersebut kepada pekerja mereka.

 

Katanya, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diarah untuk berbincang bagi membolehkan syarikat dan perusahaan seumpamanya menangguhkan perkara berkenaan.

 

·       “Bagi syarikat kecil, mikro dan yang berkurangan pendapatan Menteri Sumber Manusia akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

·       “Ini termasuk koperasi kecil yang tidak mampu membayar kadar gaji sebulan tersebut, agar kita tangguhkan pelaksananan kuantiti gaji tersebut kepada syarikat kecil ini.

·       “Kita faham kalau ada restoran, gerai atau warung di kampung yang ada jumlah pekerja yang kecil, tidak wajar memaksa mereka. Jadi, 1 Mei ini untuk syarikat besar, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sebagainya,” katanya.

 

Kos Sara Hidup Meningkat

·       “Kos sara hidup semakin meningkat. Ini akan menekan golongan B40. Saya mendengar perbahasan yang dibawa oleh perwakilan dan keluhan rakyat di luar sana.

·       “Justeru, hari ini saya ingin mengumumkan di dalam dewan keramat ini kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1500 yang baharu selama sebulan mulai 1 Mei 2022 di seluruh negara,

·       ” katanya dalam ucapan penggulungan PAU 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, hari ini”

 

Sumber: Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button