PERMOHONAN RAKYAT

(GAMBAR) Panduan Untuk Membuat Semakan/Permohonan BPN 2.0 ~ 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020 (1 Bulan)

 

Bagi memastikan rantaian penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyarankan agar permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 dibuat secara dalam talian terutamanya bagi pemohon yang berada dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut. Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020. Penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini.

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN BPN 2.0

Kategori B40

Isi Rumah:

  1. Sudah berkahwin
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang:

  1. Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori M40

Isi Rumah:

  1. Sudah berkahwin
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:

  1. Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

 

 

PANDUAN UNTUK MEMBUAT SEMAKAN BPN 2.0

Berikut adalah cara membuat semakan status Bantuan Prihatin Nasoinal 2.0 yang diumukan oleh Perdana Menteri.

 

  • masukkan no kad pengenalan anda
  • klik bentuk “kanta
  • taip pada ruang kosong mengikut tulis gambar yang telah diberikan
  • klik “semak” 
  • masukkan kad pengenalan anda 
  • klik “kanta” untuk menyemak

  • taip pada ruang kosong mengikut tulis gambar yang telah diberikan
  • klik “semak” 

 

  • Pastikan maklumat yang terpapar adalah maklumat anda
  • kepada yang lulus “alhamdullihllah” dan manakala yang tidak lulus atau gagal anda di minta untuk membuat PERMOHONAN seperti maklumat yang kami kongsikan seperti dibawa.

PERMOHONAN BAHARU BPN 2.0


Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober – 15 November 2020 (1 bulan).

 

Bagaimanakah cara untuk memohon BPN 2.0?

 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:

  1. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
  2. HASiL Live Chat; dan
  3. Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button