BERITA

[GAMBAR] “Semoga Allah Selamatkan Sabah” , Ustaz Ebit Lew hantar Sumbangan Ke Sabah

 

Situasi COVID-19 di Sabah masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya dengan kes harian yang tinggi setiap hari.

 

Dalam keadaan ini, petugas barisan hadapan bekerja keras untuk membendung penularan jangkitan virus tersebut.

 

Namun, apabila kes covid-19 melonjak tinggi, doktor dan jururawat dari beberapa hospital di semenanjung juga terpaksa dibawa ke sana bagi membantu petugas di sana.

 

 

 

 

 

Lebih memeritkan, mereka kekurangan alatan perubatan dan keperluan kerana jumlah pesakit yang ramai setiap hari.

 

Ramai yang melakukan sumbangan bagi meringankan  beban mereka termasuk Ustaz Ebit Lew. Menerusi kiriman terbaru di Facebook miliknya, beliau berkongsi kerisauan terhadap nasib petugas di sana.

 

 Ustaz Ebit Lew mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan barangan perubatan seperti set PPE dan face shield dengan menggunakan perkhidmatan pesawat Raya Airways.

 

Doakan ya. Teramat risau sangat baca tentang saudara kita di Sabah. Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah. Hantar barang medikal set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover bertujuan untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. Saya guna perkhidmatan Raya Airways.

 

 

 

 

 

 

 

Doakan ye insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat.

 

 

Moga segala sumbangan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan juga individu lain boleh mengurangkan sedikit sebanyak beban yang perlu ditanggung oleh petugas perubatan di sana.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button