PERMOHONAN RAKYAT

GERAN KHAS PRIHATIN 2.0 : PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN GKP 2.0

 

APAKAH GERAN KHAS PRIHATIN

Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro haruslah membuat permohonan agar dapat meringankan beban semasa PKPDB dilaksanakan. Permohonan ini dibuka semula kerana ramai lagi yang masih belum menerima bantuan Geran Khas Prihatin 2.0. Harus diingatkan bahawa permohonan BPN dan BSH adalah berlainan. Oleh itu infomalaysiakini akan kongsikan bagaimana cara untuk membuat permohonan Geran Khas Prihatin 2.0.

 

GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

 

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

 

 

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON GKP?

Mereka yang memohon GKP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia

Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  1. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  2. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan  Berdaftar dengan agensi-agensi berikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 
  3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

 

 

 

Bagaimanakah memohon GKP?

  1. Tarikh Permohonan GKP dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).
  2. Jumlah nilai bantuan GKP adalah RM3,000 secara one-off
  3. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
  4. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.
  5. Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

KEPADA YANG TERLEPAS INFO SYARAT KELAYAKAN GKP 2.0 : Sila Rujuk Disini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button