BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Gunakan Cara Ini Tuntut Pengeluaran KWSP 2.0 | Sign Sekarang!

 

Kenaikan harga barangan sejak dua menjak ini kadang-kala mendesak kita untuk menggunakan segala kewangan yang kita ada. Disebabkan keadaan ekonomi yang makin gawat kini, ramai yang berpakat untuk menggalakkan kerajaan memperkenalkan pengeluaran khas KWSP bagi kali yang kedua.

 

Tujuannya pengeluaran khas KWSP 2.0 adalah untuk menangani beban yang ditanggung rakyat untuk membeli barangan keperluan yang mengalami kenaikan harga barang.

 

Pengeluaran Khas KWSP 2.0

 

Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi itu adalah terpulang kepada setiap individu. Ramai yang berpendapatan duit KWSP adalah duit mereka, mereka berhak untuk gunakannya lagi-lagi waktu terdesak sekarang ini.

 

Jika anda membaca ini anda tergolong dalam segelintir yang memerlukan bantuan kewangan, sila suarakan sokongan anda terhadap pengeluaran kali ini.

 

Di bawah kami sertakan cara mendapatkan hak anda.

 

Petisyen Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0

 

Seorang pengguna Change.org bernama Juniza Binti Sulaiman Jue Sulaiman telah memulakan petisyen untuk menyokong Pengeluaran Khas 2.0.

 

Kira-kira 71,700 orang telah menandatangani petisyen berikut sejak 14 Julai yang lalu. Kempen itu dilancarkan oleh rakyat tanpa melibatkan sebarang agenda politik.

 

Berdasarkan situasi ini, jelas menunjukkan golongan ini amat memerlukan langkah sebegitu untuk menjalankan kehidupan seharian yang terjejas dengan keadaan ekonomi semasa.

 

Sila join group Facebook KWSP Pengeluaran Khas 2.0 (Klik Sini) sebagai tanda anda menyokong petisyen terbaru ini.

 

Untuk sertai petisyen ini, sila tandatangan di sini : Klik Sini

 

Target untuk dapatkan lebih 1 Juta tandatangan.

 

Sila share website ini, dan galakkan orang ramai untuk tandatangan petisyen ini. Semoga kerajaan mendengar suara rakyat.

Sumber: portalmalaysia 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button