POLITIK

Hajiji tidak langgar perlembagaan Sabah

Dakwaan Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal kononnya Hajiji tidak mempunyai parti dan melanggar perlembagaan Sabah adalah tidak benar.

Ketua menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tidak melanggar perlembagaan Sabah kerana
selepas sahaja Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri secara perlembagaan pada 2020, Art.6(7) tidak lagi terpakai. Art.6(7) hanya akan terpakai selepas Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

Selain itu Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai parti iaitu Gabungan Rakyat Sabah ( GRS) dia telah menjadi ahli langsung GRS buktinya dalam perlembagaan GRS Perkara 6.1 (i) Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membenarkan individu menjadi ahli langsung GRS yang Hajiji, antara lain, adalah salah seorang.

Dia juga mempunyai 44 ADUN sokongan majoriti Di Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sabah dan mengekalkan dia sebagai Ketua Menteri Sabah. Tebukti Hajiji tidak melanggar perlembangaan Sabah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button