PERMOHONAN RAKYAT

Hanya 7 Hari Pembayaran Perkeso, Jika Dokumen Lengkap Untuk Tuntutan COVID-19


 

Hanya tujuh hari diperlukan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk proses pembayaran dan perlindungan Skim Bencana Kerja Perkeso berkaitan COVID-19 bagi permohonan tuntutan yang disertakan dokumen lengkap.

 

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim sebaik menerima permohonan, semakan dan siasatan akan dilakukan serta merta.

 

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Juhanis Abdul Aziz.

SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO COVID 19: Tuntutan Faedah / Pampasan Akibat Jangkitan Covid-19 PERKESO, Untuk makluman, pekerja yang disahkan positif covid-19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan. PERKESO juga menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.

Apakah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO COVID-19?, 

Pencarum PERKESO yang dijangkiti COVID-19 akibat/terbit dari aktiviti pekerjaan layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang menyediakan faedah berikut :

• Faedah Perubatan

• Faedah Hilang Upaya Sementara

• Faedah Hilang Upaya Kekal

• Elaun Layanan Sentiasa

• Kemudahan Pemulihan 

• Faedah Orang Tanggungan

• Faedah Pengurusan Mayat

• Faedah Pendidikan

Syarat Claim Tuntutan Faedah Akibat Jangkitan Covid 19 PERKESO, 

Apa syarat bagi membuat claim PERKESO akibat jangkitan COVID-19?

1. Masih bekerja.

2. Masih aktif sebagai pencarum Socso.

3. Dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

Maklumat Lanjut

Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button