BERITA

“Hati saya sudah berpunya, tidak berminat cari no 2” – Tengku Zafrul

 

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengingatkan orang ramai agar mengambil sikap berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak yang mendakwa sebagai ‘Menteri Kewangan’

Menurut Menteri Kewangan itu, selain berhati-hati, orang ramai juga dinasihatkan melakukan semakan dengan pihak berkuasa sekiranya menyedari ada perkara yang mencurigakan.

 

“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.

 

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya dah berpunya dan saya tak berminat nak cari no 2. Pesanan ini juga khas untuk isteri saya,” tulis Tengku Zafrul dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

 

 

Sumber : AstroAwani

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button