KERAJAAN

Hebahan Permohonan Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Bagi Graduan Pendidikan Tahun 2022

 

1.      Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa Graduan Pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperolehi Keputusan Senat Universiti bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.      Graduan Pendidikan yang berminat hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan di SINI sebelum memohon atau mengemas kini maklumat permohonan.

 

3.      Graduan Pendidikan yang TIDAK LAYAK MEMOHONadalah seperti berikut:

 

·        Pelajar Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia;

·        Guru Interim;

·        Guru Kontrak (Lantikan SPP);

·        Pernah ditamatkan atau dibuang kerja dari Perkhidmatan Awam;

·        Seorang bankrap; dan

·        Telah tamat pengajian tetapi belum memperolehi keputusan Senat Universiti.

 

4.      Graduan Pendidikan yang memenuhi syarat-syarat lantikan dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 27 Mei 2022 (Jumaat).

 

5.      Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemaskini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

 

6.      Hanya Graduan Pendidikan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

 

7.      Graduan Pendidikan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup iklan sehingga 30 Jun 2022 (Khamis).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button