BERITA

Hentikan perkataan guru ‘makan gaji buta’

Rakyat Malaysia diminta untuk berhenti mengeluarkan perkataan kononnya guru kurang bekerja ketika melakukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19.

 

Ketika PDPR dilakukan, ramai guru sanggup berkorban demi memastikan murid dapat mengikuti sesi pembelajaran, bukan itu sahaja, apabila kaedah itu dilakukan hampir kesemua kos berkaitan PDPR ditanggung oleh guru sendiri, terutama membabitkan utiliti.

 

 

 

Guru berkorban gunakan wang ringgit sendiri untuk melanggan data Internet, malah ada juga guru buat studio sendiri di rumah untuk memastikan sesi pengajaran lebih menarik untuk memastikan pelajar dapat memahami ilmu yang diberikan.

 

 Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat berlangsung dengan lebih berkesan, tegasnya.

 

Sebelum ini, KPM menyediakan manual PdPR meliputi pendekatan secara dalam talian, luar talian dan ‘off-site’, sama ada menggunakan modul pembelajaran atau pembelajaran berasaskan projek, selain sentiasa berusaha memastikan semua murid mendapat akses pembelajaran.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button