PERMOHONAN RAKYAT

i-Akaun KWSP: Cara Semak Baki Online (Akaun 1 & Akaun 2)

 

i-Akaun KWSP dan majikan kini boleh mengakses akaun i-Akaun KWSP dan menyemak baki dalam simpanan KWSP.

 

Bagi yang ingin menyemak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF, anda kini tak perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran untuk berurusan di kaunter lagi.

 

Jadi, untuk semak i-Akau KWSP online, kita kena daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Jom kita tengok langkah-langkahnya.

 

DAFTAR I-AKAUN KWSP

 

Daftar i-akaun kwsp terlebih dahulu sebelum semak baki dalam akaun simpanan KWSP anda.

 

Berikut adalah langkah mendaftar i-Akaun.

 

1. DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN

 

Sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, anda perlu pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.

 

Di kaunter nanti, anda akan diberi ID sementara atau Kod Pengaktifan untuk disimpan. Jangan hilangkan tau!

 

2. LOGIN DI LAMAN WEB RASMI KWSP

 

Seterusnya, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.myseperti dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’.

 

Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di kaunter KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya. Kalau balik rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah minta kod yang baru.

 

Baca terma dan syarat dan tekan butang ‘Setuju’.

 

3. TUKAR ID & KATA LALUAN

 

Sekarang boleh tukarkan ID dan kata laluan pilihan anda. Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login dengan mudah pada masa akan datang.

 

Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan. Bila dah settle, anda akan diberi hyperlink untuk login semula dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.

 

SEMAK BAKI KWSP / PENYATA ONLINE

 

Jadi kita login semula dan lepas tu dah bolehlah semak penyata KWSP secara online.

 

CARA SEMAK BAKI KWSP TERKINI & DIVIDEN

 

Untuk membuat semakan baki KWSP online pula lihat panduan di bawah.

 

–        Login ke i-Akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

–        Pergi ke menu Account

–        Klik pada ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’

–        Klik View Details

–        Maklumat akaun akan dipaparkan seperti di bawah.

 

Boleh juga print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Senang kan? Tak payah beratur panjang lagi.

 

Semakan dividen KWSP online

 

Jika selesai sahaja membuat semakan baki akaun kwsp, anda  juga boleh semak dividen kwsp secara online seperti yang kami sediakan panduan di bawah ini.

 

Log masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login, pergi ke menu Dividend dan klik View Details

Maklumat bayaran dividen akan dipaparkan seperti di bawah.

 

Permohonan Pengeluaran

 

Kita juga boleh memohon pengeluaran atas sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dengan mudah.

 

Bila dah daftar i-Akaun, kita bukan setakat boleh semak penyata akaun KWSP saja.

 

Contohnya, KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan. Selain itu, ia juga boleh juga dikeluarkan bagi tujuan pendidikan seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.

 

Jika kita lihat pada laman web KWSP, antara kemudahan i-Akaun KWSP yang disediakan adalah :

 

1.    Memohon e-Pengeluaran

2.    Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya

3.    Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran

4.    Menyemak maklumat penamaan

5.    Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan

6.    Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat

7.    Menyemak transaksi caruman KWSP terkini

8.    Menyemak log aktiviti i-Akaun

 

Jadi, memang mudahlah kalau kita ada i-Akaun dengan KWSP. Tak payah fikir nak bersesak cari parking, cari pejabat atau kios KWSP, dan tak payah nak beratur panjang di kaunter. Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah secara online je kan?

 

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000

 

Sumber: myinfokerja

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button