PERMOHONAN RAKYAT

I-SINAR ~ Perkongsian berkenaan kategori dan kelayakan permohonan berdasarkan keadaan semasa anda

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.

 

 

Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. KWSP menjangkakan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon bermula pertengahan Disember 2020, dengan pembayaran pertama sebulan selepas permohonan diluluskan.

 

 

 

Kategori 1

 

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi pertunjukan, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

 

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang tiada karuman dengan KWSP waktu-panjang selama 2 bulan berturut-turut semasa menggunakan
  2. Ahli yang masih bekerja telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas Mac 2020.

 

Bagi kategori ini:

  1. Tiada dokumen diperlukan;
  2. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP;

 

Ahli hanya memerlukan permohonan secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020. Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.

 

 

 

KATEGORI DAN KELAYAKAN PERMOHONAN BERDASARKAN KEADAAN SEMASA ANDA

 

Sebenarnya ramai antara anda yang boleh memohon i-Sinar. Lihat senario-senario ini sebagai contoh. Kami akan pastikan urusan permohonan anda berjalan selancarnya.

 

  

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda faham berkenaan kelayakan KETEGORI 1.

Related Articles

2 Comments

  1. Saya hilang kerja dari bulan 3 sampai kini,tapi tidak layak,Bantuan sabah dan BSH tidak dapat..dengan keadaan masa kini tiadalah pertimbangan untuk saya buat rayuan..

  2. Saya kehilangan pekerjaan dari starts AKP pertama kali saya dapatkan bantuan lestari rm500 sampai sekarang tiada ulasan tolong permudahkan segalanya urusan bagaimana cara layak memohon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button