BERITA

Ibu Kesal Insurans Lambat Approve, Anak Kekejangan Tapi Doktor Tak Boleh Rawat

 

Kini, insurans boleh dikatakan sebagai pilihan pelan perlindungan penting bagi menghadapi risiko bencana di masa depan.  Bak kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan. 

Namun tidak dinafikan, ada juga beberapa konflik boleh tercetus misalnya seperti ejen gagal dihubungi, kerana birokrasi atau proses tuntutan menjadi leceh hingga akhirnya semakin menyulitkan keadaan.

 

 

SANGAT TERGAMAK, HAMPA HATI SEORANG IBU… BAYAR INSURANS TIAP-TIAP BULAN RM1600

Seorang wanita bernama Cik Zazaa di TikTok juga tampil berkongsi kisah yang seakan-akan sama.  Sebelum ini anak perempuannya, Afrina hampir sahaja tidak boleh menerima rawatan.  Semuanya gara-gara pihak insurans yang gagal memberikan kelulusan.  Namun dengan ihsan pihak pusat perubatan sendiri, gadis comel itu langsung dirawat dan boleh pulang ke rumah dalam keadaan stabil.

 

@cikzazaa769

Again 😢😢

♬ suara asli – rafaaldiansyah

 

 

BUDAK UMUR 1 TAHUN DAH KEJANG…LAMBAT APPROVE DOKTOR TAK BOLEH BUAT RAWATAN

Namun siapa sangka, kemudian anak lelaki Puan Zazaa pula tiba-tiba mengalami kekejangan.  Dengah hati yang penuh resah, dia bergegas ke pusat perubatan sebelum akhirnya berdepan situasi ‘pisang berbuah 2 kali’. 

Kanak-kanak lelaki terbabit juga menghadapi detik getir apabila doktor tidak boleh memberikan rawatan dengan kadar segera kerana perlu menunggu dahulu pengesahan kelulusan oleh pihak insurans.

 

@cikzazaa769

nanti cikzaza update sambungan . 😭

♬ suara asli – rafaaldiansyah

 

 

PENGAJARAN PADA YANG AMBIL INSURANS, EMERGENCY CASH DALAM TANGAN TETAP KENA ADA

Terkilan mengenang kembali hal berkenaan, ibu ini sempat berkongsi 1 pengajaran penting dalam sebalik kisahnya.  Tidak lain tidak bukan, dia memberi peringatan kepada ibu bapa di luar sana sebenarnya wang simpan kecemasan secara tunai juga penting untuk disediakan bagi menghadapi krisis sebegitu.

 

@cikzazaa769

Korang ada tips ?

♬ suara asli – rafaaldiansyah

 

 

 

Sumber : KisahDunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button