PERMOHONAN RAKYAT

Ini Senarai Mereka Yang Layak, Cara Memohon & Tarikh Pembayaran Bantuan Kewangan BMT RM600

 

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya.

 

Antaranya termasuklah sebuah bantuan melalui RISDA yang melibat pemberian bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk dua fasa. Ia adalah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

 

Syarat-syarat Kelayakan

 

·        Warganegara Malaysia;

·        Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;

·        Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;

·        Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;

·        1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);

·        Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;

·        Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

Tarikh Bayaran

 

Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, pembayaran BMT akan melibatkan dua fasa atau secara tepatnya, RM300 bagi setiap fasa. Tarikh pembayarannya pula adalah bulan November dan Disember 2022.

 

Cara Memohon

 

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BMT boleh dikemukakan secara atas talian (online) di portal Pekebun Kecil Makmur RISDA.

 

Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen-dokumen sokongan berikut :

 

·        Kad Pengenalan pemohon dan salinan;

·        Geran asal tanah dan salinan;

·        Salinan buku akaun bank yang aktif

 

Manakala, Pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

 

·        Kad Pengenalan pemohon dan salinan;

·        Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;

·        Salinan geran lot yang ditoreh;

·        Salinan buku akaun bank yang aktif;

·        Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;

·        Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

 

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BMT, sila rujuk 👉– DI SINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button