PERMOHONAN RAKYAT

Ini Tarikh Rasmi Pembayaran Bulan Oktober 2021 i-Citra ~ Semak Sekarang

 

Mungkin ramai di antara penerima-penerima i-Citra yang tertanya-tanya akan tarikh pembayaran I-Citra untuk bulan kedua. Difahamkan, pihak KWSP telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh pembayaran i-Citra untuk bulan 10 ini.

 

Disini kami akan kongsikan maklumat tentang hebahan pembayaran i-Citra yang telah dikeluarkan.

 

Baca juga:

Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR

Sumbangan Kerajaan Sehingga RM250

Kerajaan Umum Bantuan Kewangan RM700 Untuk Golongan B40

 

TARIKH PEMBAYARAN i-CITRA

Untuk makluman, pembayaran i-Citra untuk bulan Oktober 2021 akan bermula pada tanggal 1 Okrober 2021 dan jumlah pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima dalam tempoh masa 1 ke 3 hari bekerja dan juga bergantung kepada prosedur bank.

 

JADUAL PEMBAYARAN BULANAN i-CITRA

Jadual pembayaran i-Citra adalah sama seperti cara pembayaran I-Sinar dibuat iaitu tarikh pembayaran bulan pertama sama seperti tarikh pembayaran untuk bulan kedua.

 

Sebagai contoh, sekiranya tarikh pembayaran i-Citra bulan pertama bermula pada 2 Ogos 2021, maka bayaran untuk bulan kedua juga berkemungkinan jatuh pada 2 September dan begitu juga untuk bulan seterusnya.

 

Sekiranya pembayaran lambat, bayaran akan dikreditkan dalam tempoh masa maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.

 

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS i-CITRA

 

Untuk makluman, semakan i-Citra boleh dibuat melalui dua (2) cara berikut:

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang persoalan atau kemusykilan mengenai i-Citra, anda boleh terus hubungi pihak KWSP melalui laman rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button