PERMOHONAN RAKYAT

Jabatan Pembangunan Wanita – Cara Permohonan Bantuan untuk Ibu Tunggal

Satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan yang akan diberikan secara one-off kepada ibu tunggal yang layak. Bantuan ini adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). 

Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020

melalui:

  1. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN)/JKM Negeri/PKMD; atau
  2. Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah/Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (bagi pemohon di Sabah)
  3. Pejabat JKM Sarawak/Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (bagi pemohon di Sarawak)


 PENDAFTARAN IBU TUNGGAL

Terdapat dua kaedah dalam membuat pendaftaran ibu tunggal iaitu secara online dan manual. Bagi permohonan online, setiap individu boleh mendaftarkan diri dengan mengakses sistem iWanita di http://iwanita.jpw.gov.my.

Bagi permohonan secara manual, pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) yang terdekat, Biro Wanita Sarawak (BWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah.

PERMOHONAN ONLINE

KATEGORI PEMOHON.

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:.

  1. Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
  2. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
  3. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah
  4. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
Cara Mohon
  1. Sila isi borang mengikut negeri pemohon.
  2. Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.
  3. Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
  4. Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.
  5. Untuk membuat permohonan pastikan anda klik mengikut negeri seperti dibawa.
  6. Maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik.

PERLIS

 

Cara Manual


Rujuk maklumat seperti di bawah :-


Ibu Pejabat :-

Jabatan Pembangunan Wanita,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

Aras 23-25, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4,

62100 Putrajaya, Malaysia.

No. Telefon : 03 – 8323 1000

No. Faks      : 03 – 8323 2034

Email            : infojpw@jpw.gov.my

Website       : www.jpw.gov.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button