BERITA

Jangan Biasakan Bagi Kawan Pinjam Duit Walaupun Kecil Nilainya, Ini Sebabnya

 

Kisah ini adalah tulisan tuan Hafizul Hakim sesuatu yang bermanfaat untuk dibaca apabila ramai kawan-kawan yang suka pinjam duit. Lagi-lagi jenis tak pulang-pulang ni. Jangan lupa follow tuan Hafizul Hakim untuk mendapat kisah-kisah yang penuh inspirasi.

 

Al-Kisah Dapat Whatapps Dari Kawan

 

Satu hari dapat teks whatsapp dari seorang sahabat.

 

“Salam Tuan. Maaf kalau mesej ini menganggu. Sebenarnya ada hajat untuk keperluan Hari Raya keluarga kecik saya nanti. Nak pinjam RM200. Boleh tak abang bagi?”

 

Berdasarkan pengalaman, orang yang berhutang ni liat membayar semula. Boleh je aku bagi, tapi ia tak akan ubah kehidupannya. Silap haribulan, hutang keliling pinggang. Dek kerana RM200 hilang persahabatan. Tak berbaloi!

 

Entah macam mana aku dapat idea,

 

“Waalaikumsalam Man. Eh ko pandai mengecat tak? Kalau ya, aku nak mintak tolong ko catkan bilik dan ‘car porch’ aku. Peralatan cat semua aku beli. Mintak tolong ko cat je. Kemudian cuci sekali mozek.”

 

Tak sampai 10 saat. Man balas semula,

 

“Eh memang pandai bang. Saya dulu selalu tolong ar wah bapak cat rumah orang. Tengah hari saya datang.”

 

Aku senyum dan balas.

 

“Okay, jadi RM200 ni bukan hutang. Tapi upah servis ko mengecat.”

 

Seperti dijanjikan Man datang seorang diri dan mulakan kerja. Aku cuma tolong cat sikit-sikit sambil perati kualiti kerja. Selang beberapa jam, kerjanya siap. Kemas.

 

Sebelum dia beredar, jiran sebelah rumah pula datang jenguk rumah. Dia berkenan dengan hasil kerja Man dan insist nak servis mengecat rumah dia pulak.

 

“Eh esok boleh datang rumah saya. Nak jugak dicat dinding ni. Dah kotor sikit. Nanti bagi upah macam dia bagi.”

 

Man pandang aku. Aku bagi signal kening nak cakap, pergilah. Aku bisik pada Man,

 

“Haa rezeki ni. Ko pakai je dulu alat mengecat aku. Nanti dah habis pulangkan semula. Jangan lupa cuci bagi bersih.”

 

Aku selitkan wang dalam poket baju Man.

 

“Bang, terima kasih. Tak sangka pulak hari ini dapat lebih dari apa saya harapkan. Dapat dua kerja. Terima kasih sebab bagi peluang.” berkaca matanya sambil genggam tangan aku.

 

Walaupun benda ni dah beberapa tahun berlalu, tiap kali bulan puasa pasti Man akan mesej kat aku ucap selamat hari raya.

 

Dengarnya hingga hari ini dia ambik kerja upah cat. Siap gajikan orang lagi. Gembira sebab dapat bantu dia ubah diri dan nasib keluarga. Aku percaya dia kini inspire orang sekeliling dia jugak.

 

Mungkin sebelum ni Man segan nak ambik upah mengecat almaklum ikut bapak je ke hulu hilir. Yang deal harga dengan orang bapak dia, bukan dia. Untung Man sebab ada kemahiran ini.

 

Adik-adik.

 

Pergilah carik pengalaman carik duit. Ada banyak benda boleh buat duit. Korang boleh ambik upah gunting rambut, potong rumput, menjahit baju, mengecat dan macam-macam lagi. Janji kerja kemas, jujur dalam berurusan duit pasti datang sendiri.

 

Begitulah.

 

“Give a Man a Fish, and You Feed Him for a Day. Teach a Man To Fish, and You Feed Him for a Lifetime.”

 

Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

 

Berusaha jauh lebih bagus dari meminta.

 

Psst: Betul jugak kan apa yang dikatakan brader ni. Tapi nak bagi pinjam juga, tak salah cuma kena bersedialah kalau kawan pinjam tu tak pulangkan.

 

Semoga info ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa komen dan share kisah ini untuk berkongsian manfaat bersama orang lain. Terima kasih.

 

Sumber: Hafizul Hakim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button