BERITA

Jangan Kongsi Status Pengeluaran Khas KWSP di Media Sosial

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi peringatan agar jangan kongsi status Pengeluaran Khas KWSP di media sosial. “Ini kerana Scammer sentiasa memerhatikan tindakan anda”

 

KWSP juga dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran khas. Untuk makluman, permohonan Pengeluaran Khas KWSP dibuka mulai 1 April 2022 sehingga 30 April 2022 (Sebulan). Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/

 

Sebagai makluman, pengeluaran kali ini adalah yang terakhir di bawah inisiatif pengeluaran khas. Ini merupakan pengeluaran keempat selepas i-Lestari dan i-Sinar yang dilaksanakan pada tahun 2020 dan disusuli oleh i-Citra pada Julai 2021 bagi memenuhi keperluan kewangan kecemasan yang dihadapi oleh ahli dalamn tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dikuti dengan kelembapan ekonomi.

 

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Berhati-hati! Scammer sentiasa memerhatikan anda. Jangan jadi mangsa scammer. #kwsp #kwspahli #kwspinfo

Posted by Kumpulan Wang Simpanan Pekerja on Wednesday, 30 March 2022

 

Memandangkan ramai yang teruja dengan kebenaran pengeluaran khas ini, ramaii yang bertindak berkongsi maklumat peribadi seperti nombor MyKad, nombor telefon, alamat rumah dan jumlah pengeluaran.

 

Maklumat-maklumat ini adalah sulit dan

ada pihak yang akan mengambil

kesempatan melalui perkongsian status

permohonan KWSP tersebut terutamanya

dalam kalangan Scammer dan

sebagainya.

Memetik laporan Sinar Harian pada 17 Mac yang lalu, Polis mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan taktik penipuan scammer dalam proses membuat pengeluaran wang tunai Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP).

 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya sentiasa memantau sebarang tindakan jenayah penipuan dari masa ke masa bagi memastikan orang ramai tidak terpedaya dengan helah penipuan membabitkan pengeluaran wang tunai KWSP

 

“Hampir setiap hari banyak peringatan dan nasihat disampaikan oleh pihak polis kepada orang ramai menerusi media sosial terutama laman Facebook PDRM dan laman sosial lain tentang pelbagai taktik penipuan” katanya ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kop Mantap Berhad bersama rakan strategik di Maktab Polis Diraja Malaysia pada Khamis.

 

Justeru, beliau berharap agar tidak ada masyarakat yang menjadi mangsa penipuan ini.

 

Oleh yang demikian, pemohon di nasihatkan agar jangan kongsi status permohonan pengeluaran khas KWSP di media sosial bagi menjamin keselamatan anda!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button