PERMOHONAN RAKYAT

JOM UNDI ~ Pendapat Rakyat Mengenai Perincian I-SINAR KWSP

 

Skim i-Sinar ini masih mempunyai kekurangan yang tetap mengundang kemarahan dan kekecewaan sebilangan besar pencarum.

Ini jelas kelihatan dari jumlah komen mencecah 50,000 ribu di ruang komen posting Facebook  Najib Razak malam semalam di mana hampir 99% adalah komen yang berbunyi i-Kecewa, i-Kencing dan i-Marah.

 

 

Ramai pencarum sudah bertukar menjadi pencarut sebab rasa telah dipermainkan pemerintah.

 

Info Berkenaan Bantuan Kerajaan : https://t.me/bantuankerajaan2021

 




PEMBETULAN INI WAJAR DIBUAT DISEBABKAN

Kerajaan PN patut letakkan kepercayaan pada Rakyat sebab Rakyat sendiri yang tahu jika mereka sedang berdepan dengan cabaran kewangan dan Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak.

Kerajaan juga tidak akan tahu berapa jumlah beban tunggakkan hutang atau liabiliti dihadapi ramai akibat pendapatan yang tidak menentu yang telah bertimbun setiap bulan sejak pandemik bermula 10 bulan lalu.

Rakyat yang sedang lemas sekarang tak mampu tunggu 3 bulan lagi sebelum diberi pelampung.

Pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud:

  • Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak bulan Oktober,
  • Tapi perlu tunggu lagi sehingga 11 Januari 2021 sebelum dibenarkan memohon dengan pelbagai bukti dokumen,
  • Kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak.
  • Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya – iaitu pada akhir bulan Februari.

 

Elak Rakyat serbu pejabat-pejabat KWSP pada ketika risiko penularan Covid masih wujud.

  • Jika 4 juta ahli sahaja di bawah katergori ke-2 skim i-Sinar diperlukan untuk menyerah 3 helai dokumen sebagai bukti pendapatan mereka telah berkurang maka KWSP perlu memproses sebanyak 12 juta dokumen.
  • Apabila skim i-Sinar tidak lagi bersyarat maka semua kesusahan dan beban kepada ahli dan staff kaunter KWSP dapat dielakkan sebab kebanyakkan ahli akan memohon dalam talian melalui perkhidmatan i-Akaun tanpa hadir di pejabat KWSP.

 

 

BORANG UNDIAN

 

Adakah anda bersetuju terhadap syarat Pengeluaran Akaun 1 yang telah ditetapkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?

Klik Link Untuk Borang Undianhttps://www.semakankerja.com/borang-undian/?fbclid=IwAR2Aw9zMgbHzlcKJugF6rsr2FYm7OVplzFBFYC0i-yRzYdgPpH05hGvpqKU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button